Cabaran penggunaan aplikasi facebook sebagai medium perniagaan atas talian (bundle) di Daerah Kuala Penyu

Jenneve Teo Ai Ying (2022) Cabaran penggunaan aplikasi facebook sebagai medium perniagaan atas talian (bundle) di Daerah Kuala Penyu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (945kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan norma hidup masyarakat luar bandar di daerah Kuala Penyu, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, skor min, sisihan piawai dan peratusan dalam penghuraian analisis dapatan kajian. Instrumen kajian yang telah dipilih adalah menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan menggunakan Google Forms. Saiz sampel kajian ini adalah sebanyak 280 orang responden. Kajian rintis telah dijalankan iaitu bagi Cabaran seramai 6 orang responden iaitu jumlah Cronbach Alpha sebanyak 0.720 manakala bagi faktor iatu seramai 5 orang resonden bersamaan dengan 0.916 jumlah Cronbach Alpha. Ujian Kenormalan menunjukkan data bagi soalan-soalan yang dikemukakan adalah bertabur secara normal. Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga (3) bahagian utama iaitu (A) demografi responden, (B) cabaran penggunaan apikasi FaceBook sebagai medium perniagaan atas talian (Bundle) di daerah Kuala Penyu dan (C) faktor yang menyumbang kepada cabaran penggunaan aplikasi FaceBook sebagai medium perniagaan atas talian (Bundle) di daerah Kuala Penyu. Kajian ini mempunyai tiga (3) pemboleh ubah utama iaitu tahap pengetahuan, perubahan norma hidup dan kesan. Hubungan antara dua pemboleh ubah dianalisis menggunakan analisis Kolerasi Pearson. Pengiraan data dalam kajian ini dikira menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Facebook , Perniagaan atas talian , Bundle
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5437-5444 Purchasing. Selling. Sales personnel. Sales executives
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Apr 2023 15:04
Last Modified: 14 Apr 2023 15:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35364

Actions (login required)

View Item View Item