Pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan norma hidup masyarakat luar bandar di Daerah Kuala Penyu, Sabah

Jovanessa John (2022) Pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan norma hidup masyarakat luar bandar di Daerah Kuala Penyu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (855kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai pengaruh teknologi komunikasi terhadap perubahan norma hidup masyarakat luar bandar di daerah Kuala Penyu, Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, skor min, sisihan piawai dan peratusan dalam penghuraian analisis dapatan kajian. Instrumen kajian yang telah dipilih adalah menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan menggunakan Google Forms. Saiz sampel kajian ini adalah sebanyak 341 orang responden. Kajian rintis telah dijalankan menggunakan 30 orang responden dan hasil keputusan nilai pekali alpha Cronbach adalah 0.81. Ujian Kenormalan menunjukkan data bagi soalan-soalan yang dikemukakan adalah bertabur secara normal. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat (4) bahagian utama iaitu (A) demografi responden, (B) tahap pengetahuan masyarakat luar bandar, (C) perubahan norma hidup, dan (D) kesan pengaruh teknologi komunikasi. Kajian ini mempunyai tiga (3) pemboleh ubah utama iaitu tahap pengetahuan, perubahan norma hidup dan kesan. Hubungan antara dua pemboleh ubah dianalisis menggunakan analisis Kolerasi Pearson. Pengiraan data dalam kajian ini dikira menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Teknologi komunikasi , Norma hidup , Masyarakat , Luar bandar
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Apr 2023 15:04
Last Modified: 14 Apr 2023 15:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35365

Actions (login required)

View Item View Item