Media sosial dan impaknya kepada kehidupan pelajar di kampus

Mohamad Aikal Al-Amin Abdullah Taib (2022) Media sosial dan impaknya kepada kehidupan pelajar di kampus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (310kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (637kB)

Abstract

Media sosial merupakan medium secara maya atau atas talian yang mana memberikan pengguna peluang untuk mengakses, berkongsi, melayari, menyertai, mencipta kandungan melalui rangkaian sosial yang meluas tanpa sempadan. Kajian ini mempunyai 2 objektif kajian iaitu pertama untuk mengenalpasti fungsi media sosial kepada pelajar di Universiti Malaysia Sabah dan yang kedua untuk mengetahui kesan media sosial kepada kehidupan pelajar di kampus. Kajian ini menggunakan teori Digital Age Learning Teory atau Teori Pembelajaran Zaman Digital untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan garis panduan bagi pengkaji semasa menjalankan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Seramai 327 orang responden telah menjawab soal selidik yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji turut menggunakan Statistical Package for Sosial Science (SPSS) untuk menganalisis data kajian. Kajian ini mendapati bahawa media sosial berfungsi sebagai komunikasi antara pelajar, sumber rujukan, medium membuat pelbagai tugasan, penyelidikan, kelas secara atas talian, hiburan, e-sport, perniagaan atas talian, pengurusan kewangan dan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran. Kesan media sosial pula dilihat mampu meningkatkan kualiti hidup pelajar yang tinggal di kampus ke arah yang lebih moden dan digital.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Media sosial , Digital
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:35
Last Modified: 03 May 2023 09:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35366

Actions (login required)

View Item View Item