Komunikasi keluarga dan perkembangan sosial dalam era digital

Nurul Shahfiqah Mohd Shah (2022) Komunikasi keluarga dan perkembangan sosial dalam era digital. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (322kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Revolusi industri 4.0 yang semakin hari semakin berkembang khususnya dalam bidang ICT melibatkan media sosial dan teknologi yang berkembang pada hari ini memberikan pengaruh yang besar terhadap pembagunan diri gologan kanak-kanak mahupun remaja. Golongan ini didapati lebih gemar dalam menghabiskan masa dengan mengakses internet, bermain permainan video dan telefon pintar berbanding berinteraksi dengan keluarga terutama ibu-bapa sehingga perkembagan sosial turut terjejas. Hal ini telah menyebabkan kualiti komunikasi golongan remaja dengan ibu bapa mereka menjadi semakin rendah. Isu ini turut diakui oleh kebanyakan kajian lepas sama ada di dalam mahupun luar negara turut bersetuju bahawa pengunaan teknologi secara berlebihan akan menyebabkan komunikasi anak-anak dengan ibu bapa menjadi kurang berkesan sehingga wujudnya jurang komunikasi dalam keluarga dan hal ini turut membawa kesan kepada tumbesaran dengan membantutkan perkembagan sosial mereka. Selain itu, kajian ini juga bertujuan unutk menjelaskan implikasi revolusi industri 4.0 kepada kehidupan pada masa kini, langkah yang diambil oleh ahli keluarga dalam menangani masalah komunikasi dana perkembagan sosial serta mengetahui impak positif dan negatif kesan kurangnya komunikasi keluarga agar tidak menghakis hubugan kekeluargaan yang selama ini terjalin. Teori corak komunikasi keluarga digunakan dalam membincangkan pembangunan diri anak-anak dari sudut interaksi dan komunikasi dengan khalayak ramai hasil daripada kehadiran media dan teknologi. Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat digunakan sebgai model rujukan remaja dan ibu bapa untuk mengatasi ancaman media dan teknologi yang kian berkembang dalam kehidupan hari ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Komunikasi , Ibu bapa , Remaja , Media , Teknologi
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:38
Last Modified: 03 May 2023 09:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35369

Actions (login required)

View Item View Item