Penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa : Kajian kes Kolej Kediaman Tun Fuad

Muhamad Hafiy Azizi Mohamad (2022) Penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa : Kajian kes Kolej Kediaman Tun Fuad. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (569kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Media sosial telah mencipta fenomena di internet yang membantu mengekalkan hubungan dengan pengguna lain. Perkembangan media sosial turut memberi impak kepada pelajar. Namun sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pelajar yang terlalu taksub dengan penggunaan media sosial sehingga mampu memberi impak kepada pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa. Kajian kuantitatif telah dijalankan dalam kajian ini. Objektifnya ialah (1) Mengenal pasti kegunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa, (2) Mengenal pasti kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa di Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seramai 274 orang responden telah menyertai kajian ini dan mereka merupakan pelajar yang menetap di Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Hasil kajian menunjukkan bahawa media sosial yang paling biasa digunakan ialah WhatsApp dan Tiktok serta majoriti pelajar sedar bahawa media sosial bukan sekadar untuk tujuan hiburan dan online game semata-mata. Kesimpulannya, terdapat juga pelajar yang cakna akan manfaat media sosial dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk menjana dan meraih pendapatan. Oleh itu, dapatan kajian ini telah berjaya menjawab objektif kajian yang telah ketengahkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Media sosial , Penggunaan media sosial , Kepuasan media sosial
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:35
Last Modified: 03 May 2023 09:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35375

Actions (login required)

View Item View Item