Kitar semula dalam kalangan isi rumah ke arah pengurusan tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau yang lestari

Abdul Hair Beddu Asis and Mohammad Fazley Madnin and Syamsul Azizul Marinsah (2022) Kitar semula dalam kalangan isi rumah ke arah pengurusan tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau yang lestari. MANU, 33. pp. 81-104. ISSN 2590-4086

[img] Text
Abstract.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (879kB) | Request a copy

Abstract

Peningkatan jumlah isi rumah di Malaysia sangat berkadar langsung dengan peningkatan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Jumlah sisa pepejal yang dihasilkan dengan banyak mengundang kepada lambakan sisa di tapak pelupusan yang akhirnya menyebabkan tapak pelupusan mencapai tahap tepu dan terpaksa ditutup sebelum mencapai tempoh hayat. Oleh itu, peranan masyarakat dalam mengurangkan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan sangat digalakkan. Salah satu cara yang berkesan dalam mengurangkan jumlah sisa di tapak pelupusan adalah melalui penglibatan dalam aktiviti kitar semula. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat penglibatan isi rumah dalam aktiviti kitar semula di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Selain itu, faktor penglibatan isi rumah dan kaedah pengendalian bahan kitar semula isi rumah turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah pengumpulan data melalui edaran borang soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif dengan melihat kepada frekuensi setiap angkubah yang diukur. Hasil kajian ini mendapati komposisi sisa yang dihasilkan oleh isi rumah adalah pelbagai dan kotak merupakan bahan pilihan untuk dikumpul sebagai bahan kitar semula dengan jumlah sebanyak 29.5 peratus. Selain itu, aluminium dan kertas turut menjadi pilihan isi rumah dengan jumlah kutipan masing-masing 20.8 peratus dan 17.7 peratus. Sebanyak 32.7 peratus isi rumah telah memilih faktor wang sebagai alasan melakukan aktiviti kitar semula, manakala faktor perlindungan alam sekitar sebagai pilihan kedua dengan jumlah sebanyak 22.42 peratus yang memilih faktor ini. Terdapat juga isi rumah yang memilih sebagai kerja amal (16.37 peratus) penglibatan dalam aktiviti kitar semula. Bahan kitar semula yang dikumpulkan akan diserahkan kepada pengutip tanpa bayaran (45.55 peratus), manakala 24 peratus isi rumah menjual bahan boleh kitar ke pusat pengumpul bahan kitar semula dan selebihnya menjual bahan boleh kitar ke pengutip swasta (23 peratus). Sumbangan isi rumah di kawasan MPT dalam pengurangan jumlah sisa di tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau melalui aktiviti kitar semula adalah sebanyak 0.74 peratus atau 67,654 kg sebulan. Peningkatan aktiviti kitar semula dalam kalangan isi rumah di daerah Tawau dapat memanjangkan lagi tempoh hayat tapak pelupusan Bukit Gemok, Tawau.

Item Type: Article
Keyword: Kitar semula , Pengurusan tapak pelupusan , Kelestarian , Sisa pepejal , Isi rumah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography > GF1-900 Human ecology. Anthropogeography > GF51 Environmental influences on humans
Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2023 15:24
Last Modified: 17 Apr 2023 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35379

Actions (login required)

View Item View Item