Faktor-faktor pencerobohan vesel nelayan asing di Perairan Pantai Barat Sabah

Astri M Fadzli and Dayang Suria Mulia and Syahruddin Awang Ahmad (2022) Faktor-faktor pencerobohan vesel nelayan asing di Perairan Pantai Barat Sabah. MANU, 33. pp. 129-246. ISSN 2590-4086

[img] Text
Abstract.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (359kB) | Request a copy

Abstract

Sabah dikelilingi oleh tiga laut utama iaitu Laut Sulawesi, Laut Sulu dan Laut China Selatan (LCS). LCS berada di perairan pantai barat Sabah yang dikenali sebagai antara 12 tapak mega biodiversiti di dunia. Geostrategik dan kekayaan khazanah laut ini merupakan tarikan yang menjadikan perairan pantai barat Sabah rentan kepada pencerobohan nelayan asing. Rentetan itu juga, Jabatan Perikanan Sabah telah menyatakan bahawa kini terdapat 36 spesies marin yang terancam termasuklah ikan yu dan spesies ikan pari. Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh pencerobohan nelayan asing. Selain mewujudkan persaingan sumber dengan nelayan tempatan di pantai barat Sabah, nelayan asing mengeksploitasi sumber marin menggunakan kaedah pukat tunda yang bersifat destruktif dan tidak selektif dalam kaedah penangkapan ikan. Hal ini menjejaskan ekosistem marin untuk jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, antara objektif artikel ini adalah bagi menerangkan mengenai faktor-faktor pencerobohan vesel nelayan asing di pantai barat Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu bual secara mendalam informan daripada 12 penguat kuasa maritim dan 30 nelayan tempatan yang aktif menjalankan aktiviti perikanan dan mengendalikan satu temu bual kumpulan berfokus terhadap nelayan pesisir pantai Pasir Putih. Selain itu, data sekunder turut digunakan bertujuan mengukuhkan data empirikal dalam artikel ini. Dapatan awal kajian ini menunjukkan faktor pencerobohan nelayan asing adalah disebabkan negara seperti Vietnam sudah mengalami eksploitasi perikanan dan kemahiran beroperasi seperti menggunakan lesen palsu mengurangkan risiko mereka tertangkap. Hal ini seterusnya mendorong mereka untuk berani menceroboh perairan yang masih mempunyai sumber perikanan mencukupi bagi memenuhi bekalan tempatan mereka. Maritime presence yang kurang seperti penguat kuasa maritim dan nelayan tempatan di laut untuk membuat laporan dan pemantauan menyebabkan kegiatan mereka sukar dikenal pasti. Rentetan itu, kegiatan ini telah mengganggu gugat kelangsungan hidup nelayan tempatan. Nelayan tempatan harus menambah bilangan hari penangkapan ikan daripada 7 ke 14 hari bermula pada tahun 2015 untuk mengganti modal dan memperoleh keuntungan.

Item Type: Article
Keyword: Pencerobohan , Khazanah perikanan , Nelayan , Sempadan , Perikanan haram
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH213-216.55 By oceans and seas
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH343.4 Fishery research vessels
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2023 15:25
Last Modified: 17 Apr 2023 15:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35381

Actions (login required)

View Item View Item