Pemerintahan tradisional semasa zaman Sultan Abdul Momin di Sungai Tuaran (1877-1885)

Yusry Sulaiman and Mosli Tarsat and Rizal Zamani Idris (2022) Pemerintahan tradisional semasa zaman Sultan Abdul Momin di Sungai Tuaran (1877-1885). MANU, 33. pp. 147-174. ISSN 2590-4086

[img] Text
Abstract.pdf

Download (44kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (545kB) | Request a copy

Abstract

Sungai Tuaran terletak di sebelah pantai barat Borneo Utara sejak dua atau tiga abad yang lalu. Nama Sungai Tuaran telah wujud pada era pemerintahan Sultan Abdul Momin seperti dijelaskan dalam dokumentasi surat geran perjanjian di antara “Maharajah Overbeck” dengan baginda pada 29 Disember 1877. Sungai Tuaran telah ditadbir oleh golongan pembesar Brunei yang dilantik oleh Sultan Abdul Momin berdasarkan sistem dan struktur pentadbirannya. Antara golongan pembesar yang dimaksudkan ialah Pengiran Muda Muhammad Hassan, Pengiran Muda Muhammad, Pengiran Siti Anak Khatijah dan Pengiran Abdul Rauf. Dalam konteks kepimpinan di Sungai Tuaran, mereka memimpin kelompok masyarakat tersendiri, terutama masyarakat Bajau yang mana kebanyakan mereka berkampung di pinggir Sungai Tuaran. Mengikut sistem pemilikan wilayah tradisional Brunei, Sungai Tuaran merupakan kawasan tunggal kerana berstatus “Sungai Kuripan” di pantai barat Borneo Utara. Hal ini menunjukkan bahawa Sungai Tuaran ditadbir oleh golongan pembesar Brunei yang dilantik oleh Sultan Abdul Momin. Terdapat beberapa sumber yang dicatatkan oleh golongan orientalis yang menyatakan bahawa Sungai Tuaran merupakan pusat pertemuan di antara pelbagai etnik sama ada di darat mahupun laut. Sebagai contoh, masyarakat Bajau dan Dusun. Perkara ini bukanlah asing kerana Sungai Tuaran merupakan sungai yang paling dominan bagi kedua-dua masyarakat ini memandangkan masyarakat Bajau dan Dusun saling memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan harian mereka. Penempatan di Sungai Tuaran didominasi oleh golongan masyarakat Bajau kerana mereka merupakan penduduk asal, terutamanya kawasan di sepanjang pinggir Sungai Tuaran. Menariknya, pada 5 April 1884, semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin, baginda telah menyerahkan Sungai Tuaran kepada British North Borneo Company. Metode kajian ini berbentuk deskriptif melibatkan kajian perpustakaan yang menampilkan arkib sebagai sumber rujukan utama. Kajian ini membincangkan sistem pemerintahan tradisional Sultan Abdul Momin di Sungai Tuaran (1877 – 1885).

Item Type: Article
Keyword: Sungai Tuaran , Sultan Abdul Momin , masyarakat Bajau , Sungai Kuripan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters > GB1201-1598 Rivers. Stream measurements
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2023 15:22
Last Modified: 18 Apr 2023 11:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35382

Actions (login required)

View Item View Item