Tindakan kolektif dan kesatuan sekerja: analisis kajian lepas

Nassiah Gaong and Mahadirin Ahmad and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2022) Tindakan kolektif dan kesatuan sekerja: analisis kajian lepas. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 51-65. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (378kB) | Request a copy

Abstract

Tindakan kolektif merupakan sebarang jenis tindakan yang dilakukan secara bersama oleh kesatuan sekerja bagi mencapai matlamat serta memperbaiki terma dan kondisi pekerjaan di tempat kerja. Tindakan kolektif yang berjaya akan dapat menghasilkan insentif bagi kepentingan para pekerja khususnya dari aspek ekonomi dan sosial pekerja. Sehubungan dengan itu, objektif artikel ini adalah bertujuan untuk menghuraikan konsep dan kepentingan tindakan kolektif melalui perspektif para sarjana terhadap kesatuan sekerja pada masa ini. Selain itu, berdasarkan analisis kajian lepas, perjuangan terhadap upah dan kebajikan pekerja merupakan antara isu yang kerap dibincangkan dalam perundingan bersama dengan pihak majikan. Walau bagaimanapun, perubahan ekonomi dan struktur pekerjaan pada hari ini telah menyebabkan berlakunya perubahan tindakan kolektif pekerja. Keadaan ini menyebabkan kesatuan sekerja berada pada tahap “labour quiescence”. Berdasarkan analisis tersebut, kajian ini menegaskan bahawa kebajikan para pekerja akan lebih terpelihara jika mereka bersatu padu dan bergerak secara kolektif. Dengan itu, kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti aspek tindakan kolektif dan kepelbagaiannya pada masa kini.

Item Type: Article
Keyword: Kesatuan sekerja, Tindakan kolektif, Amalan perburuhan, Perubahan ekonomi, Struktur pekerjaan, Kebajikan pekerja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5650-5660 Employee participation in management. Employee ownership. Industrial democracy. Works councils
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:40
Last Modified: 03 May 2023 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35393

Actions (login required)

View Item View Item