Pengaruh Pengiklanan Televisyen Terhadap Tingkah Laku Kanak-Kanak Di Kampung Pasir Putih Keningau, Sabah

Siti Mariam Sarji (2022) Pengaruh Pengiklanan Televisyen Terhadap Tingkah Laku Kanak-Kanak Di Kampung Pasir Putih Keningau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (549kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Abstrak Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuat semakan kesan iklan televisyen terhadap tingkah laku kanak-kanak di Kampung Pasir Putih Keningau, Sabah dengan perhatian khusus diberikan untuk memahami kesan potensi pengiklanan TV dan pandangan yang khusus terhadap pendedahan tersebut kepada penonton muda. Kajian ini juga bertujuan untuk (i) mengkaji sama ada pengaruh iklan di televisyen akan memberi kesan terhadap faktor pembelian pelbagai jenis produk di kalangan kanak-kanak, (ii) mengenalpasti impak positif dan negatif iklan televisyen dan (iii) menyenaraikan jenis iklan yang cenderung memfokus kepada kanak-kanak. Pengumpulan data menggunakan kaedah dua sumber iaitu data primer dan data sekunder. Data primer dikumpul melalui sesi temubual bersama beberapa buah keluarga yang merupakan penduduk setempat Kampung Pasir Putih Keningau, Sabah. Soalan temubual yang dihasilkan akan ditemu ramah bagi mendapatkan data yang solid dan kukuh bagi mendukung inti pati kajian yang dijalankan. Dalam memilihnya, alat pensampelan kemudahan bukan rawak telah digunakan mengikut pertimbangan penyelidik. Manakala data sekunder dikumpul melalui jurnal, laporan, artikel, data yang diterbitkan oleh pengkaji terdahulu yang berkaitan dan laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu kesan iklan televisyen terhadap kanak-kanak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pengiklanan , Tingkah laku , Televisyen
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5801-6182 Advertising
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:44
Last Modified: 03 May 2023 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35398

Actions (login required)

View Item View Item