Adat dan amalan perkahwinan dalam kalangan masyarakat India (Tamil) di Sekinchan, Selangor: pengekalan tradisi atau moden?

Geetha Thevarazen and Rosazman Hussin (2022) Adat dan amalan perkahwinan dalam kalangan masyarakat India (Tamil) di Sekinchan, Selangor: pengekalan tradisi atau moden? Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 162-186. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (312kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui proses upacara dalam adat dan amalan perkahwinan tradisional masyarakat India dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pengamalan upacara perkahwinan tersebut pada masa kini. Kajian ini dilakukan dalam kalangan masyarakat India di Sekinchan, Selangor. Pada masa kini, adat dan amalan perkahwinan tradisional semakin terhakis dalam masyarakat, terutamanya dalam masyarakat moden termasuk masyarakat India. Terdapat beberapa adat dan amalan upacara yang tidak lagi diamalkan oleh masyarakat India kini. Mereka lebih mengamalkan upacara perkahwinan yang lebih ringkas berbanding upacara perkahwinan tradisional. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam adat dan amalan perkahwinan masyarakat India daripada bentuk amalan tradisi kepada moden. Pendekatan penyelidikan kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai empat orang informan telah ditemu bual secara mendalam. Kaedah pemerhatian juga turut dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. Seterusnya, sumber sekunder juga turut digunakan dalam kajian ini untuk mengukuhkan dapatan kajian. Kajian ini melihat kepada tahap upacara perkahwinan iaitu tahap upacara sebelum, semasa dan selepas perkahwinan berlangsung. Hasil kajian menunjukkan amalan dan upacara perkahwinan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat India pada masa kini telah mengalami perubahan. Namun, amalan dan upacara perkahwinan tersebut masih mempunyai kesinambungan dengan warisan tradisi masyarakat India. Justeru, implikasi kajian ini adalah penting untuk memulihara adat, amalan dan warisan budaya tradisi nenek moyang masyarakat India di Malaysia daripada pupus.

Item Type: Article
Keyword: Masyarakat India, Adat perkahwinan tradisional, Amalan perkahwinan moden
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:47
Last Modified: 03 May 2023 09:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35407

Actions (login required)

View Item View Item