Penghijrahan suku masyarakat Kayan dari Kalimantan ke Sarawak pada abad ke-18 dan 19

Ordilia Kalang (2022) Penghijrahan suku masyarakat Kayan dari Kalimantan ke Sarawak pada abad ke-18 dan 19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (248kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini akan memfokuskan tentang fenomena penghijrahan suku masyarakat Kayan dari Kalimantan ke Sarawak pada abad ke-18 dan 19 serta seterusnya membahaskan tentang latar belakang suku ini yang menarik dan unik. Dalam usaha mengkaji tentang perkara ini, pengkaji telah mengenal pasti tiga objektif. Objektif kajian ini ialah mengkaji tentang latar belakang etnik Orang Ulu, khasnya suku Kayan di Sarawak, menjelaskan proses penghijrahan suku Kayan dari Kalimantan sehingga ke Sarawak pada abad ke 18 dan 19 dan menilai asimilasi yang berlaku dalam kalangan suku-suku di Sarawak dengan persekitaran mereka. Bagi mencapai objektif-objektif yang diutarakan, kaedah kepustakaan merupakan kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul data-data yang diperlukan untuk menjawab segala permasalahan dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual dengan individu yang dapat memberikan maklumat mengenai kajian yang dilakukannya. Informan yang dipilih adalah dalam kalangan penduduk kampung yang berusia sama ada yang mengalaminya sendiri atau mengetahui tentang kajian yang dijalankan. Kaedah yang terakhir ialah kaedah menganalisis dan mempersembahkan data. Pengkaji membuat analisis secara kritis terhadap maklumat yang diperoleh daripada beberapa sumber yang ada dan mempersembahkannya dalam bentuk penulisan ilmiah. Ringkasnya, dengan berlatar belakangkan hasil dapatan kajian, kajian ini mendapati bahawa suku Kayan di Sarawak sememangnya mempunyai perkaitan dengan suku Kayan di beberapa daerah di Kalimantan, Indonesia dengan melihat dari segi latar belakang sejarah dan asal-usul mereka. Kebanyakan sejarah mengenai suku Kayan ini adalah bersifat sejarah lisan dan kajian serta penulisan mengenainya adalah terhad yang menyebabkan pelaksanaan kajian yang lebih terperinci ke atas komuniti ini adalah perlu dilakukan pada masa akan datang. Selain itu, proses asimilasi yang berlaku sepanjang jangka masa imigrasi suku Kayan sehingga ke Sarawak berupaya menghapuskan beberapa identiti asal suku lain yang bersifat minoriti berikutan diasimilasikan dalam budaya dan bahasa suku ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kayan , Penghijrahan , Latar belakang , Sarawak , Borneo , Kalimantan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) > DS646.3-646.34 Borneo. Kalimantan, Indonesia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:47
Last Modified: 03 May 2023 09:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35409

Actions (login required)

View Item View Item