Sejarah Kudeta Militer Fiji 1987 dan kesannya terhadap sistem politik di negara republik tersebut

Atikah Roslee (2022) Sejarah Kudeta Militer Fiji 1987 dan kesannya terhadap sistem politik di negara republik tersebut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (488kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji sejarah kudeta militer Fiji 1987 dan kesan-kesannya terhadap sistem politik negara republik tersebut. Selepas kemerdekaan pada tahun 1970, Fiji berada di bawah pemerintahan Parti Perikatan selama 17 tahun sehingga pada pilihan raya 1987, parti pimpinan Timoci Bavadra iaitu gabungan antara National Federation Party dan Fiji Labour Party (NFP-FPL) mengambil alih tampuk pentadbiran Fiji. Namun, pemerintahan ini tidak berjalan dengan mulus kerana dalam tahun yang sama, pihak militer Fiji telah melaksanakan tindak kudeta (rampasan kuasa) sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei dan September 1987. Oleh hal yang demikian, penulis telah menetapkan tiga objektif dalam kajian ini termasuklah mengkaji latar belakang Fiji sebelum tercetusnya kudeta militer 1987. Objektif kedua ialah penulis ingin menganalisis faktor-faktor dan proses tercetusnya kudeta militer di Fiji pada tahun 1987. Objektif yang ketiga ialah penulis ingin mengkaji impak atau kesan kudeta ini terhadap sistem politik dalaman dan hubungan diplomatik antarabangsa Fiji dengan negara lain. Bagi mencapai matlamat kajian, penulis menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengumpul maklumat berkaitan tajuk daripada pelbagai sumber seperti buku, artikel jurnal dan arkib kebangsaan. Pada akhir penulisan, kajian ini turut menjelaskan bagaimana Fiji menjadi negara republik dan menandakan berakhirnya hubungan negara tersebut dengan pemerintah kolonial sebelumnya iaitu pihak British.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fiji, kudeta, militer
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DU History of Oceania (South Seas) > DU1-950 History of Oceania (South Seas)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:50
Last Modified: 03 May 2023 09:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35416

Actions (login required)

View Item View Item