Perubahan ritual sogit dalam pembukaan kawasan tanah baharu di Ranau, Sabah: satu tinjauan awal

Mohammad Firdaus Hasmin and Syamsul Azizul Marinsah and Suraya Sintang (2022) Perubahan ritual sogit dalam pembukaan kawasan tanah baharu di Ranau, Sabah: satu tinjauan awal. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 266-274. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (272kB)

Abstract

Sogit adalah pampasan, ganti rugi ataupun denda yang dikenakan kepada individu yang melanggar norma atau kod etika adat. Sungguhpun begitu, amalan ini telah mengalami banyak perubahan terutamanya dalam tatacara pelaksanaan, rentetan daripada masyarakat Dusun yang telah banyak memeluk agama Islam. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan rituual sogit dalam pembukaan kawasan tanah khususnya di daerah Ranau. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan dua kampung sebagai lokasi kajian iaitu Kampung Purakogis dan Lipasu Lama, memandangkan masyarakat Dusun dalam kampung tersebut telah memeluk agama Islam Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual semi berstruktur dan observasi. Hasil kajian mendapati, berlaku banyak perubahan dan sinkretisme di antara ajaran pra-Islam dengan ajaran Islam dalam amalan sogit pembukaan kawasan tanah baharu.

Item Type: Article
Keyword: Perubahan, Amalan, Sogit, Tanah, Dusun, Islam, Ranau
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT3400-5090 Customs relative to public and social life Including town life, court life, festivals, holidays, ceremonies of royalty, etc.
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:51
Last Modified: 03 May 2023 09:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35424

Actions (login required)

View Item View Item