Penerokaan dan pembentukan instrumen petunjuk kualiti hidup perumahan awam bagi miskin bandar

Zulasri Pitting and Marsitah Mohd Radzi (2022) Penerokaan dan pembentukan instrumen petunjuk kualiti hidup perumahan awam bagi miskin bandar. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 322-337. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (421kB) | Request a copy

Abstract

Merujuk kepada kajian literatur semasa, pelbagai kajian mengenai kualiti hidup di perumahan awam telah dibuat tetapi kebanyakan kajian ini menggunakan domain dan petunjuk kualiti hidup yang berbeza. Dalam masa yang sama sehingga sekarang, didapati wujud kekurangan instrumen kualiti hidup yang khusus bagi perumahan awam bagi golongan miskin bandar. Keperluan untuk menjalankan kajian bagi membentuk satu instrumen kualiti hidup khusus perumahan awam semakin ketara apabila isu yang mampu untuk menganggu gugat pertumbuhan hidup penghuni berlaku seperti kewujudan masalah sosial, ketidakpuashatian penduduk dan tekanan perumahan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membentuk instrumen petunjuk kualiti hidup perumahan awam bagi miskin bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Bagi tujuan kajian ini, sebanyak 48 orang responden telah dipilih iaitu mereka yang menyewa rumah di bawah program penyewaan perumahan awam dalam daerah Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati terdapat sebanyak tujuh konstruk kualiti hidup telah dikenal pasti iaitu alam bina, psikologi, alam sekitar, keselamatan, hubungan sosial, estetika dan pemerkasaan dan penglibatan. Walaupun begitu, daripada 36 item petunjuk kualiti hidup yang dikenal pasti, hanya 27 item dikekalkan, manakala 9 item lagi telah digugurkan. Instrumen kajian yang dibentuk juga mempunyai nilai kebolehpercayaan dalaman item yang tinggi di mana nilai α yang terendah ialah 0.842 (Domain Alam Bina) dan yang tertinggi ialah 0.911 (Pemerkasaan dan Penglibatan). Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa kualiti hidup penduduk di perumahan awam adalah bersifat multidomain dan sebarang usaha peningkatan kualiti hidup hendaklah tidak fokus kepada pembaikan ke atas segmen tertentu sahaja dalam hidup. Hasil kajian ini juga dapat digunakan sebagai rujukan pembangunan perumahan awam sama ada oleh pihak kerajaan ataupun swasta

Item Type: Article
Keyword: Penerokaan, Kualiti hidup, Miskin bandar, Perumahan awam
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV4023-4470.7 Poor in cities. Slums
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:51
Last Modified: 03 May 2023 09:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35425

Actions (login required)

View Item View Item