Sejarah perkembangan adat istiadat masyarakat Iban di Bahagian Betong Sarawak (1961-2018)

Cesilia Nuai Anak Juki (2022) Sejarah perkembangan adat istiadat masyarakat Iban di Bahagian Betong Sarawak (1961-2018). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (470kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (838kB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada Sejarah Perkembangan Adat Istiadat Masyarakat Iban di Bahagian Betong Sarawak iaitu pada tahun 1961 sehinggalah 2018. Merujuk kepada perkembangan Adat Istiadat ini, terdapat lima Daerah kecil yang mempengaruhi perubahan adat tersebut di mana ia didasari oleh empat Adat masyarakat Iban di Bahagian Betong iaitu Adat Perkahwinan, Adat Kematian, Adat Pantang Larang dan juga Adat Perayaan. Di dalam keempat-empat adat ini telah didapati berlakunya perubahan adat masyarakat Iban yang dulu dengan masyarakat Iban kini iaitu bermula pada tahun 1961 sehingga 2018. Oleh itu, dalam Penulisan kajian ini terdapat tiga objektif yang telah dikenalpasti bagi memperolehi tindak balas daripada tajuk ini. Antaranya ialah Membincangkan Latar Belakang Masyarakat Iban di Bahagian Betong Sarawak, kedua, Menganalisis Pengamalan Adat Asal Istiadat Masyarakat Iban di Bahagian Betong Sarawak dan yang ketiga ialah Menjelaskan Perubahan dan Impak perkembangan Adat istiadat kepada Masyarakat Iban di Betong Sarawak. Bagi memperolehi segala data maklumat yang berkaitan, maka kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah Kaedah Temu bual, Kaedah Kepustakaan dan Kaedah Sumber Internet. Namun bukan itu sahaja, Dapatan Kajian mendapati bahawa hampir kesemua maklumat yang diperolehi berdasarkan perkembangan adat ini telah mengalami perubahan yang sangat ketara. Hal ini sedemikian kerana, masyarakat Iban Tradisional di Bahagian Betong ini pada awalnya masih percaya kepada amalan nenek moyang mereka namun saban hari telah berlakunya perubahan di mana masyarakat Iban di kawasan ini sudah mula mempunyai agama kristian dan tidak mengamalkan adat lama tersebut. Maka di sinilah, permulaan perubahan yang berlaku terhadap asal Adat Istiadat Masyarakat Iban di Bahagian Betong ini dan impak yang wujud disebabkan oleh perubahan ini kepada mereka. Justeru itu, melalui kajian ini diharapkan dapat menjadi satu jawapan kepada masyarakat Iban mengenai perubahan yang berlaku terhadap adat istiadat mereka sendiri.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Masyarakat Iban , Perubahan adat , Betong , Impak
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 May 2023 09:54
Last Modified: 03 May 2023 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35431

Actions (login required)

View Item View Item