Sejarah identifikasi masyarakat Iranun di Kota Belud pada tahun 1963-2010

Dg. Norafidah Awang Nasib (2022) Sejarah identifikasi masyarakat Iranun di Kota Belud pada tahun 1963-2010. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (224kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (861kB)

Abstract

Iranun merupakan salah satu kumpulan etnik minoriti di Sabah sehingga pernah dikategorikan sebagai sub-etnik Bajau. Iranun adalah masyarakat peribumi yang ada di Sabah yang mana telah didaftarkan sebagai Illanun di setiap daftar rekod kerajaan pada masa dahulu. Kerajaan negeri Sabah juga telah bersetuju untuk mengubah istilah Illanun ini iaitu lebih tepat kepada Iranun sejak bulan Februari 1988. Objektif kajian ini adalah meneliti sejarah identifikasi masyarakat Iranun di Kota Belud (1963-2010) serta perbezaan budaya antara masyarakat Iranun dengan Bajau Kota Belud yang sering dikatakan sama daripada aspek budaya tradisi perkahwinan dan kematian. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kaedah kualitatif dengan menjadikan disiplin sejarah sebagai asas perbincangan. Sumber yang digunakan ialah sumber primer berbentuk dokumen asal yang diperolehi dari arkib atau agensi berkaitan. Sumber sekunder seperti buku dan artikel yang terdapat di perpustakaan-perpustakaan universiti dan daerah turut dirujuk selain sumber temu bual. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa masyarakat Iranun berasal dari Pulau Mindanao, Filipina dan berhijrah ke Sabah kerana faktor perdagangan dan pengembaraan untuk membina penempatan baru. Menerusi dapatan awal kajian ini, signifikannya dapatan ini adalah untuk mengidentifikasi masyarakat Iranun dari segi sejarah asal-usul mereka di Sabah dan membuktikan wujudnya perbezaan dari aspek budaya antara etnik ini dengan masyarakat Bajau.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Iranun , Perbezaan budaya , T radisi perkahwinan dan kematian
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 May 2023 15:10
Last Modified: 08 May 2023 15:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35435

Actions (login required)

View Item View Item