Sejarah perkembangan Persatuan Hakka di Daerah Papar: Tahun 1964 hingga tahun 2015

Liew, Erick Chee Siang (2022) Sejarah perkembangan Persatuan Hakka di Daerah Papar: Tahun 1964 hingga tahun 2015. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (579kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

ABSTRAK Kajian ini mengkaji tentang sejarah awal penubuhan Persatuan Hakka Papar di daerah Papar, Sabah dari tahun 1964 hingga tahun 2015. Permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkaitan dengan struktur-struktur asas Persatuan Hakka Papar sejak awal penubuhannya dan juga peranan serta cabaran yang pernah dilalui oleh Persatuan Hakka Papar sejak tahun 1964 hingga tahun 2015. Berdasarkan data kajian, kajian ini mendapati bahawa persatuan Hakka Papar telah ditubuhkan pada tahun 1964 melalui cadangan Encik Chan En Fook yang kemudiannya diusahakan oleh sekumpulan individu penting dalam komuniti Hakka di daerah Papar. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu masyarakat Hakka yang pada masa itu sangat miskin dan memerlukan bantuan luar untuk terus hidup. Walaupun keadaan hidup masyarakat Hakka kini sudah menjadi lebih baik, tidak dinafikan bahawa persatuan ini masih wujud demi menjaga kebajikan komuniti Hakka di samping memartabatkan warisan kebudayaan masyarakat mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa persatuan ini aktif dalam merekrut ahli baru di sekitar daerah Papar berikutan kekurangan media penyebaran di kawasan tersebut pada awal era penubuhannya. Sejak pembentukan semula persatuan ini pada tahun 1984, aktiviti yang lebih berfokuskan kepada kebajikan dan pembinaan jati diri telah mula diperbanyakkan agar mampu menarik minat generasi muda untuk melakukan perkara yang berfaedah. Walaupun sering menghadapi kekangan dari segi kewangan, persatuan ini masih kukuh memberi khidmat kepada komuniti Hakka di daerah Papar hasil kerjasama setiap ahli dalam persatuan tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: asyarakat Hakka , Daerah Papar , Persatuan , Kebajikan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 May 2023 15:12
Last Modified: 08 May 2023 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35437

Actions (login required)

View Item View Item