“Spanish flu” di India (1918-1920)

Francy Semo Anak Unau (2022) “Spanish flu” di India (1918-1920). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (550kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan ke atas kewujudan wabak “Spanish Flu” di India pada tahun 1918 sehingga 1920. Permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkaitan dengan penularan wabak Spanish Flu di India serta langkah yang diambil oleh kerajaan dan bukan kerajaan India bagi mengekang penularan wabak ini di India dan kesan wabak ini terhadap kehidupan penduduk India. Berdasarkan penggunaan data primer dan sekunder, Spanish Flu telah merebak ke India ekoran pada masa itu sedang berlakunya Perang Dunia Pertama dan ramai tentera India yang telah terlibat dalam peperangan tersebut di negara Eropah. Jangkitan Spanish Flu pada tentera India berlaku apabila wujudnya pertembungan antara tentera India dengan tentera dari negara Eropah yang telah merekodkan kes Spanish Flu. Sekembalinya para tentera India ke negara asal mereka telah membawa wabak ini ke negara mereka apabila mereka berlabuh di pelabuhan Bombay. Maka di sini bermulalah penularan wabak Spanish Flu di seluruh India dan Bombay merupakan kota pertama di India yang merekodkan mangsa jangkitan wabak influenza ini. Kewujudan wabak Spanish Flu di India mendatangkan banyak kesan negetif kepada kehidupan masayarakat di sana terutama dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Bagi mengatasi masalah yang wujud disebabkan wabak influenza ini, pelbagai pihak telah menjalankan peranan masing-masing dalam meringankan masalah yang dihadapi oleh India pada ketika itu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Spanish flu , Penularan . India , Kerajaan British , Tindakan , Kesan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS401-(486.8) India (Bharat) > DS433-481 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 May 2023 15:12
Last Modified: 08 May 2023 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35438

Actions (login required)

View Item View Item