Sejarah perkembangan institusi awam semasa zaman Renaissance di Eropah (1300-1600)

Healvader Septpraise Anak Rayang (2022) Sejarah perkembangan institusi awam semasa zaman Renaissance di Eropah (1300-1600). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (361kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini mengkaji tentang Sejarah Perkembangan Institusi Awam semasa Zaman Renaissance di Eropah (1300-1600). Umumnya, masyarakat Eropah telah melalui satu perkembangan yang drastik khususnya dalam bidang pendidikan daripada era zaman Gelap sehingga Zaman Renaissance. Masyarakat di Eropah khususnya di Itali telah melalui era zaman Gelap di mana tahap pendidikan masyarakat tempatan pada masa tersebut boleh dikatakan agak mundur kerana terlalu bergantung kepada ilmu yang disampaikan oleh golongan agama iaitu paderi gereja. Tahap Pendidikan masyarakat umum di Eropah mula berubah apabila bermulanya gerakan Renaissance yang telah mendorong kepada perkembangan atau evolusi pendidikan sekaligus membawa kepada pembinaan beberapa institusi pendidikan awam seperti Universiti Bologna (1088), Universiti Paris (1150), Universiti Oxford (1167), dan Universiti Cambridge (1209). Kewujudan institusi pendidikan awam tersebut menjadi penanda aras kepada tahap pendidikan dalam masyarakat di eropah berbanding tamadun lain pada masa tersebut. Sehingga kini masyarakat di Eropah masih juga menerima kesan daripada pembangunan institusi awam tersebut menyebabkan golongan pelajar atau mahasiswa dari Eropah khususnya graduan daripada institusi Pendidikan awam di Eropah disegani oleh pelajar-pelajar universiti lain di serata dunia. Persoalannya adalah bagaimana masyarakat Eropah mampu berkembang secara drastik dalam aspek pendidikan dan sekaligus membawa kepada pembinaan institusi awam seawal abad ke-12. Selain itu, menjadi satu persoalan juga sejarah secara kronologi bagaimanakah sejarah terbina institusi awam yang dikatakan antara yang terbaik di dunia ini. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk menjelaskan sejarah perkembangan pendidikan yang berlaku di Eropah yang mendorong kepada pembinaan institusi Pendidikan awam. Di samping itu, kajian ini juga akan menjelaskan sejarah pembangunan dan perkembangan institusi awam zaman Renaissance serta menganalisis kesan perkembangan institusi awam Zaman Renaissance kepada masyarakat Eropah pada masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan merujuk buku teks, dokumentasi-dokumentasi berkaitan serta pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Renaissance , Perkembangan , Eropah , Institusi awam , Kesan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 May 2023 15:16
Last Modified: 08 May 2023 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35439

Actions (login required)

View Item View Item