Pembinaan modul pembelajaran pendidikan Islam kanak-kanak pelarian di Sabah: Satu cadangan penyelidikan

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Syamsul Azizul Marinsah and Abang Mohd Razif Abang Muis and Irma Wani Othman (2022) Pembinaan modul pembelajaran pendidikan Islam kanak-kanak pelarian di Sabah: Satu cadangan penyelidikan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 1-11. ISSN : 0128-1755

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (156kB) | Request a copy

Abstract

Isu pendidikan berhubung kanak-kanak pelarian di Sabah bukanlah satu isu baharu. Malaysia yang bukan ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 tidak mempunyai rangka kerja pentadbiran berkenaan hak-hak pelarian sama ada dari segi kesihatan, pekerjaan termasuklah pendidikan. Akibatnya, kanak-kanak pelarian bukan sahaja terpinggir daripada pendidikan akademik, malah pendidikan Islam. Keperluan kepada pendidikan Islam jelas signifikannya memandangkan keseluruhan kanak-kanak pelarian di Sabah adalah beragama Islam. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak antaranya Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid pada tahun 2018. Beliau menyarankan agar kanak-kanak pelarian Islam diberikan peluang yang lebih baik kepada Pendidikan Islam. Oleh itu, kertas kerja ini merupakan satu cadangan penyelidikan bagi mengkaji; Pertama, mengenal pasti senario semasa penghayatan Islam bagi kanak-kanak pelarian di negeri Sabah. Kedua, mengenal pasti silibus pendidikan Islam yang sesuai dan diperlukan oleh kanak-kanak pelarian. Ketiga, membina sebuah modul pembelajaran pendidikan Islam yang komprehensif kepada kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan dicadangkan dilaksanakan dengan menggunakan metode analisis kandungan, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian ini diharapkan dapat mengetengahkan sebuah modul pembelajaran pendidikan Islam yang lebih sesuai kepada keperluan sebenar kanak-kanak pelarian di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Item Type: Article
Keyword: Modu l, Migrasi , Pendidikan Islam , Kanak-kanak Pelarian , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8045-8943 By region or country
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 23 May 2023 16:33
Last Modified: 23 May 2023 16:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35446

Actions (login required)

View Item View Item