Sejarah penubuhan dan perkembangan kelab bola sepak Liverpool di Eropah dari tahun 1892 hingga 2021

Hillary Basir Anak Nyanau (2022) Sejarah penubuhan dan perkembangan kelab bola sepak Liverpool di Eropah dari tahun 1892 hingga 2021. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (263kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek pertubuhan dan juga perkembangan yang dialami oleh kelab Liverpool F.C di Eropah dari tahun 1892 hingga tahun 2021. Permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkaitan dengan bagaimanakah pasukan bola sepak Liverpool F.C ditubuhkan dan apakah perkembangan yang dapat dilihat ataupun dialami oleh kelab Liverpool F.C serta senarai pengurus-pengurus yang telah diberi tanggungjawab untuk memimpin atau menguruskan pasukan Liverpool F.C dari tempoh penubuhannya hingga era kini. Berdasarkan data primer dan sekunder yang diperolehi dari pelbagai sumber, kajian ini mendapati bahawa penubuhan kelab Liverpool adalah disebabkan faktor perselisihan faham antara pemilik padang Anfield dengan penyewanya yang merupakan pemilik kelab Everton F.C dan mengakibatkan pemilik padang Anfiled tersebut menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang diberi nama Liverpool F.C. Kelab Liverpool ini ditubuhkan pertama kali pada tahun 1892 dan bermula daripada tahun tersebut pengurus dan pemain kelab tersebut berusaha untuk mengembangkan serta memajukan kelab Liverpool sehingga ke era kini. Dalam tempoh antara tahun 1892 hingga 2021, terdapat banyak perubahan dan perkembangan yang dialami oleh kelab tersebut dalam pelbagai aspek serta kejuaraan-kejuaraan yang telah dimiliki. Perkembangan dan kejuaraan yang dimiliki oleh Liverpool F.C adalah disebabkan oleh peranan para pengurus dan pemain yang berkhidmat di kelab tersebut, contohnya seperti Bill Shankly, Bob Paisley, Kevin Keegan, dan Steven Gerrard. Justeru, adalah penting bagi peminat-peminat Liverpool F.C untuk mengenal pasti senarai pengurus dan pemain di kelab tersebut agar dapat memahami sejarah perubahan dan perkembangan yang dialami.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Liverpool F.C , Eropah , Pertubuhan , Perkembangan, Senarai pengurus
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV861-1017 Ball games: Baseball, football, golf, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 May 2023 15:17
Last Modified: 08 May 2023 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35449

Actions (login required)

View Item View Item