Sejarah konflik Israel-Palestin (1948-2021)

Jereny Dolla Anak Pilut (2022) Sejarah konflik Israel-Palestin (1948-2021). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (738kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Konflik Israel-Palestin merupakan konflik berpanjangan yang masih belum lagi dapat diselesaikan. Konflik ini secara dasarnya adalah pertikaian di antara dua pihak iaitu Arab dan Israel mengenai tuntutan tanah yang sama iaitu Palestin. Banyak percubaan telah dibuat bagi mencipta sebuah “penyelesian dua negara” namun terdapat percanggahan di antara dua pihak berkenaan dengan penyelesaian yang telah dikemukakan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneliti sejarah konflik di antara Israel-Palestin bermula dari tahun 1948 sehingga 2021, faktor-faktor pencetus kepada konflik Israel-Palestin serta kesan-kesan selepas tercetusnya konflik Israel-Palestin. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan dan rujukan atas talian bagi mencari maklumat berkenaan dengan konflik ini merangkumi sejarah, faktor dan kesan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa sejarah konflik antara dua pihak ini menonjolkan faktor sistemik yang didorong oleh percaturan politik Barat. Seterusnya, ianya juga disebabkan oleh faktor domestik seperti faktor sejarah, agenda Zionis dan perbezaan budaya politik. Kesannya, konflik ini telah menampakkan kesan negatif terhadap aspek sosial seperti kekangan menjalankan kegiatan keagamaan, kemusnahan institusi pendidikan, kecenderungan terhadap ektrimisme dan hakisan budaya manakala kesan aspek politik pula menonjolkan kuasa-kuasa veto yang dimilki oleh PBB.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Konflik , Zionis , Israel-Palestin
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS101-151 Israel (Palestine). The Jews > DS114-128.2 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 May 2023 15:13
Last Modified: 09 May 2023 15:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35453

Actions (login required)

View Item View Item