Sejarah perjuangan wanita Melayu pada tahun 1946-1963 di Tanah Melayu

Jozlyn Jessei Anak Joseh (2022) Sejarah perjuangan wanita Melayu pada tahun 1946-1963 di Tanah Melayu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (239kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (884kB)

Abstract

Dalam pengisian ini, perjuangan yang diberikan tumpuan utama adalah untuk menyelusuri sejarah perjuangan wanita melayu pada tahun 1946-1963 di Tanah Melayu. Keberadaan wanita sering kali diistilahkan lemah dan tidak terdaya. Namun, apabila penentangan Malayan Union berlaku telah ada menyaksikan penglibatan mereka yang kebanyakkannya berpendidikan dan pernah terdedah dengan kesedaran nasionalisme. Sehubungan itu, pendekatan kaedah penyelidikan yang menggunakan sumber primer dan sekunder telah membantu pengkaji merungkai beberapa persoalan mengenai kajian ini. Antaranya adalah untuk mengetahui mengapakah dalam kalangan wanita terus memilih dan bertahan dengan gerakan yang selama ini mempunyai ideologi kiri dan kanan. Seterusnya, hendak juga meneliti apakah faktor yang paling dominan merangsang wanita melayu menuntut perjuangan tanah air dan memartabatkan kedudukan mereka sebagai wanita. Justeru, aspek yang melibatkan sumbangan juga turut disentuh dalam kajian ini. Setelah diteliti, tidak dinafikan bahawa perjuangan yang dipilih oleh wanita melayu dalam sesuatu gerakan adalah berdasarkan keserasian matlamat dalam parti yang mempunyai kehendak yang sama dengan perjuangan mereka. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa selama ini dalam gerakan kanan dan kiri masing-masing mempunyai sayap wanita. Sudah pasti kesedaran untuk berjuang dan hasrat memajukan wanita adalah paling kuat dipengaruhi oleh faktor pendidikan apabila dikaji bahawa pendidikan berupaya menyuntik kesedaran untuk berubah. Dengan adanya kesedaran tersebut maka ia mudah untuk merangsang tokoh-tokoh pejuang wanita melayu menyumbang usaha mereka dalam politik, sosial dan ketenteraan di mana yang dominannya sumbangan mereka terserlah dalam bidang politik apabila agenda nasionalisme sejak selepas perang dunia kedua adalah lebih ditekankan terutama sejak kedatangan British yang kemudiannya telah memperkenalkan Malayan Union.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Wanita Melayu , Tanah Melayu , Perjuangan , British
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 May 2023 15:14
Last Modified: 09 May 2023 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35456

Actions (login required)

View Item View Item