Sejarah budaya dan adat istiadat kematian suku kaum Bajau di Sandakan, Sabah (1963-2000)

Mohd Syam Halipa (2022) Sejarah budaya dan adat istiadat kematian suku kaum Bajau di Sandakan, Sabah (1963-2000). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (214kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tajuk kajian ini memberikan tumpuan terhadap budaya dan tradisi masyarakat suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik yang terbesar di negeri Sabah iaitu mengkaji Sejarah Budaya dan Adat Istiadat Kematian Suku Kaum Bajau di Sandakan, Sabah dari sekitar tahun 1963 hingga 2000. Perbincangan ini akan memfokuskan kepada budaya dan tradisi masyarakat suku kaum Bajau yang mempunyai keunikan dan perbezaan daripada segi istilah di setiap adat istiadat kematian suku kaum Bajau. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat suku kaum Bajau yang sudah menempati dua kawasan pesisir pantai yang berbeza iaitu pantai barat dan pantai timur menyebabkan berlaku sedikit perbezaan istilah, bahasa dan amalan mereka. Namun, pengkaji memfokuskan kepada perbincangan dalam kalangan masyarakat suku kaum Bajau di kawasan pantai timur khususnya di daerah Sandakan yang kurang berlaku penyelidikan sebagai kawasan skop kajian. Kaedah kajian yang digunakan di dalam kajian penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis sumber dan kaedah temubual. Bagi mengukuhkan penulisan, hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah melalui pemerhatian dan pembacaan sumberi buku, kertas kerja serta tesis kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil dapatan kajian akan diterangkan secara terperinci di dalam setiap bab mengikut pembahagian tajuk utama yang bermula daripada bab satu hingga bab kelima. Dapatan kajian, telah membuktikan bahawa masyarakat suku kaum Bajau ini kaya dengan budaya dan tradisi yang begitu unik dan menjadi amalan mereka sehingga ke hari ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Adat istiadat , Kematian , Bajau , Sandakan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 May 2023 15:15
Last Modified: 09 May 2023 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35458

Actions (login required)

View Item View Item