Sejarah penghijrahan masyarakat Melanau Mukah ke Miri pada tahun 1981-2014

Matius Anggu (2022) Sejarah penghijrahan masyarakat Melanau Mukah ke Miri pada tahun 1981-2014. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (250kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (854kB)

Abstract

Penulisan ini mengenai penghijrahan sesebuah kumpulan masyarakat melakukan perpindahan dari tempat asal mereka ke tempat lain di mana mereka menganggap bahawa kualiti hidup mereka akan bertambah baik. Penghijrahan masyarakat Melanau ke bandar khususnya dari Mukah ke Miri ini atas alasan yang praktikal, iaitu untuk mencari peluang pekerjaan yang baik berbanding di kampung. Oleh kerana penghijrahan ini berlaku, maka timbul satu persoalan siapakah masyarakat yang berketurunan Melanau ini dan mengapa penghijrahan diambil? Pelbagai faktor yang dibincangkan untuk mengenalpasti penghijrahan ini berlaku seperti dari segi politik, ekonomi, pendidikan yang seiring dengan peredaran masa. Kemudian, persoalan bagaimanakah perubahan dan perkembangan yang berlaku terhadap kaum Melanau dalam penghijrahan dari Mukah ke Miri memberi sedikit sebanyak kesan adat dan pantang larang masyarakat Melanau itu sendiri. Seterusnya, persoalan berkenaan apakah kesan yang dihadapi selepas berlakunya penghijrahan kepada amalan masyarakat terdahulu dengan masyarakat Melanau yang semakin modern. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis latar belakang dan penghijrahan masyarakat Melanau dari Mukah ke Miri pada tahun 1981 hingga 2014. Seterusnya, mengetahui perubahan dan perkembangan setelah penghijrahan masyarakat Melanau dari Mukah ke Miri. Akhirnya, mengenalpasti kesan dan implikasi yang berlaku terhadap masyarakat Melanau dalam penghijrahan dari Mukah ke Miri. Proses pengumpulan data menggunakan kaedah rujukan sumber sekunder iaitu melalui merujuk buku-buku, jurnal dan artikel. Kesemua bahan rujukan ini akan diperoleh daripada buku yang dibeli atas talian, jurnal dan artikel ilmiah yang diakses atas talian. Dalam usaha mendapatkan sumber lisan ini, dan menemubual responden yang merupakan salah seorang anak jati Melanau Mukah yang pindah ke Miri. Hasil dapatan kajian diperoleh menunjukkan beberapa faktor membawa masyarakat mula berhijrah dan memberi kesan kepada corak kehidupan masyarakat Melanau. Signifikan dapatan kajian ini ialah dapat memberi gambaran jelas dan terperinci berkaitan dengan penghijrahan masyarakat Melanau dari Mukah ke Miri pada tahun 1981 hingga 2014.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Penghijrahan , Masyarakat Melanau , Mukah , Miri
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:15
Last Modified: 10 May 2023 16:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35470

Actions (login required)

View Item View Item