Sejarah penglibatan Uthmaniyyah dalam perang dunia pertama pada tahun 1914 hingga 1918

Mohammad Aglab Hashim (2022) Sejarah penglibatan Uthmaniyyah dalam perang dunia pertama pada tahun 1914 hingga 1918. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (474kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada sejarah keterlibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918. Permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkenaan penglibatan Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama yang memberi kesan yang mendalam kepada sejarah Turki dan Islam. Oleh hal demikian, objektif utama dalam melaksanakan kajian ini adalah mengkaji keterlibatan empayar/Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, membincangkan kejayaan dan kegagalan yang dicapai oleh Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918 dan menilai kesan terhadap Turki Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama yang berlaku pada 1914 hingga 1918. Kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya yang bersumberkan daripada buku, artikel, makalah, dan internet. Dapatan kajian menunjukkan keadaan Turki Uthmaniyyah yang memaksakan mereka terlibat dalam perang ini dan membuat pakatan bersama Kuasa Pusat yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Uthmaniyyah dan menentang Pakatan Pihak Bersekutu yang terdiri daripada Rusia, Britian dan Perancis. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan kejayaan dan kegagalan Uthmaniyyah dalam membantu pihak Kuasa Pusat untuk menang dan mendapat habuannya, namun kemenangan dalam Perang Dunia Pertama berpihak kepada Pihak Bersekutu. Hal ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada pihak yang kalah, terutama Turki Uthmaniyyah yang terkena impak yang mendalam daripada pelbagai aspek seperti pemerintahan, politik, ekonomi dan sosial.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Turki Uthmaniyyah , Penglibatan , Kegagalan , Kejayaan , Kesan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:06
Last Modified: 10 May 2023 16:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35472

Actions (login required)

View Item View Item