Perubahan pelaksanaan amalan adat sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah (1881-2020)

Monica Deon Lim (2022) Perubahan pelaksanaan amalan adat sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah (1881-2020). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (223kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Adat sogit merupakan suatu amalan tradisional turun temurun daripada amalan nenek moyang terdahulu yang berkait rapat dengan adat resam dan pantang larang masyarakat Kadazandusun di Sabah. Amalan adat sogit sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat Kadazandusun khususnya masyarakat Dusun Tindal di kampung Tempasuk 1, Kota Belud kerana setiap pelanggaran adat dan pantang larang akan dikenakan denda adat sogit mengikut kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Kajian ini akan mendalami berkaitan tentang sejarah dan latar belakang, jenis-jenis amalan adat sogit dalam konteks masyarakat Dusun Tindal di kampung Tempasuk 1 dan seperti yang diketahui pelaksanaan amalan adat sogit dikatakan berbeza mengikut etnik, kawasan kampung dan daerah. Melalui kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual dalam mendapatkan data dan maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder. Pelaksanaan amalan adat sogit telah membawa kepada banyak perubahan yang boleh dilihat daripada pelaksanaan amalan yang berbeza pada zaman dahulu dan pada masa kini. Walaubagaimanapun, amalan adat sogit sering dipandang remeh dan kurang dipraktikan terutamanya oleh generasi muda kerana pengamalan adat sogit yang dianggap tidak relevan. Oleh itu perubahan yang berlaku adalah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan diseimbangkan dengan undang-undang negara dan perubahan pelaksanaan amalan adat sogit yang disebabkan oleh beberapa faktor iaitu seperti kedatangan agama, mahupun sikap dan pemikiran masyarakat Dusun Tindal itu sendiri dan juga disebabkan adanya undang-undang negara.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Adat sogit , Dusun Tindal , Adat resam , Pantang larang
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:22
Last Modified: 10 May 2023 16:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35474

Actions (login required)

View Item View Item