Sejarah perkembangan masyarakat Melayu Islam Patani di Thailand dari tahun 1584 sehingga 1649

Muazzam Muanam @ Shafie (2022) Sejarah perkembangan masyarakat Melayu Islam Patani di Thailand dari tahun 1584 sehingga 1649. Universiti Malasia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (511kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada sejarah sejarah perkembangan masyarakat melayu islam Patani di Thailand dari tahun 1584 sehingga 1649. Kajian dan penulisan mengenai sejarah masyrakat Melayu Islam Pattani di Thailand amat kurang dilakukan oleh sejarawan. Sekiranya ada sekalipun penulisan mengenainya adalah bersifat umum atau sekadar sisipan di dalam sisipan Thailand dan juga Tanah Melayu. Oleh yang demikian itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menyedarkan kepada masyarakat islam di Thailand dan Malaysia bahawa kewujudan masyarakat Melayu Islam Pattani. Setiap kajian yang dijalankan adalah amat penting bagi memperkembangkan lagi ilmu dalam sesuatu bidang dan skop yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya yang bersumberkan daripada buku, artikel, makalah, dan internet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Pattani memeluk islam adalah selepas Raja atau Sultan mereka memeluk agama islam dan menjadikan agama islam ini rasmi menggantikan agama Hindhu Buddha. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan kejayaan Kerajaan Pattani ini dibawah kepimpinan Raja-Raja Perempuan pada era keemasan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bagaimana kuasa ulama dalam memimpin masyarakat Pattani itu sendiri dalam berpolitik dan menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam diri setiap masyarakat. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan perubahan demi perubahan secara drastik dalam dunia politik dalam masyarakat Pattani. Hal ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada semua masyarakat Pattani dari aspek pemerintahan, politik, ekonomi dan juga sosial.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pattani ,Islam ,Raja-Raja Perempuan ,Politik ,Sosioekonomi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS561-589 Thailand (Siam) > DS570.95-586 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:37
Last Modified: 25 Jan 2024 16:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35475

Actions (login required)

View Item View Item