Perjuagan hidup Rosli Dhobi di Sarawak pada 1946-1951

Nazura Sahie (2022) Perjuagan hidup Rosli Dhobi di Sarawak pada 1946-1951. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (425kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini mengkaji berkaitan dengan perjungan Rosli Dhoby dan anti-penyerahan yang lain semasa isu penyerahan Sarawak pada tahun 1946-1951. Secara terperinci kajian ini akan mengupas berkaitan dengan perjuangan individu yang berani berjuang demi negerinya iaitu Rosli Dhoby. Di usia muda, beliau merupakan seorang yang sangat berani dan lantang mengeluarkan pendapat beliau. Tidak hanya itu, beliau juga turut disokong oleh rakan seperjuangan beliau dari kumpulan Rukun Tiga Belas. Oleh itu, dalam kajian ini menyatakan beberapa penyataan masalah iaitu apakah latar belakang Rosli Dhoby dan apakah perjuangan yang dilakukan olah anti-penyerahan yang lain di Sarawak. Seterusnya ialah menilai sumbangan dan reaksi masyarakat terhadap Rosli Dhoby dan pertubuhan anti-penyerahan yang lain. Oleh itu, bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu mendapatkan bahan-bahan rujukan di perpustakaan dan arkib bagi menjawab segala permasalahan yang ada. Melalui kupasan pengkaji berkaitan kajian ini mendapati bahawa perjuangan Rosli Dhoby dan anti- penyerahan adalah perjuangan yang sangat berani dan membela nasib rakyat Sarawak semasa era British memerintah Sarawak sekitar tahun 1946 hingga 1951 mengikut skop kajian. Oleh yang demikian, perjuangan besar Rosli Dhoby adalah penting dan ianya haruslah dihargai dan diingati. Anak muda juga tidak harus leka dengan sejarah tempatan terutamanya orang tempatan Sarawak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Perjungan , Rosli Dhoby , Sarawak
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:38
Last Modified: 10 May 2023 16:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35478

Actions (login required)

View Item View Item