Sejarah perkembangan Kota Jerusalem dari tahun 1980 hingga 2018

Nor Mayzurah Bahar (2022) Sejarah perkembangan Kota Jerusalem dari tahun 1980 hingga 2018. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (260kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kertas ini membincangkan mengenai sejarah Kota Jerusalem dari tahun 1980 hingga tahun 2018. Sejarah perkembangan itu difokuskan kepada peristiwa-peristiwa yang signifikan yang berlaku terhadap kota Jerusalem khususnya yang berkaitan dengan status Jerusalem dan aktiviti-aktiviti penyahudian yang dilakukan oleh Israel terhadap kota tersebut berikutan konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel. Jerusalem atau Baitul Maqdis yang sememangnya memiliki sejarah dan peradaban yang panjang khususnya bagi agama Islam, Kristian dan Yahudi menjadi pentas kepada perebutan antara komuniti agama ini kerana masing-masing memiliki kepentingan yang tersendiri untuk mempertahankan Jerusalem sebagai wilayah pendudukan mereka. Sebuah titik baru dalam konflik Palestin dan Israel bermula apabila Israel mengambil langkah yang lebih ekstrim dengan mengumumkan bahawa Jerusalem adalah ibu negara Israel dan proses pengklaiman ini berterusan sehingga tahun 2017 dimana President Donald Trump mengakui kewujudan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Keputusan ini berjaya mengundang reaksi yang pelbagai dari organisasi dan negara-negara antarabangsa yang bertanggungjawab dalam mengemukakan resolusi yang relevan sebagai satu langkah kearah perdamaian bersama.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Jerusalem , Palestin , Israel
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS101-151 Israel (Palestine). The Jews > DS109-109.94 Jerusalem
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:39
Last Modified: 10 May 2023 16:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35480

Actions (login required)

View Item View Item