Peranan sistem perundangan hukum kanun Melaka dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu tradisional (1403-1511)

Norhayati Daming (2022) Peranan sistem perundangan hukum kanun Melaka dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu tradisional (1403-1511). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (261kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Tajuk kajian ini memberikan tumpuan terhadap fungsi serta peranan sistem perundangan bagi salah satu negeri-negeri Melayu tradisional iaitu Hukum Kanun Melaka dalam konteks kehidupan masyarakatnya iaitu dari sekitar tahun 1403 hingga tahun 1511. Perbincangan mengenai undang-undang menjadi bukti bahawa masyarakat Melayu terdahulu mempunyai sistem undang-undang mereka yang tersendiri. Sumber undang-undang tradisional tersebut dipercayai berasal daripada unsur adat kepercayaan dan dipengaruhi oleh hukum Islam. Sistem undang-undang di negeri Melaka mencapai zaman kemuncaknya semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu dengan wujudnya dua sumber undang-undang utama iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Namun, pengkaji telah menetapkan skop kajian ke atas peranan sistem perundangan Hukum Kanun Melaka kepada masyarakat sahaja. Kaedah kajian yang digunakan di dalam kajian ini meliputi kaedah kepustakaan dan kaedah analisis sumber. Bagi mengukuhkan fakta hasil dapatan kajian, pengkaji memperolehi data melalui metode kajian berdasarkan pemerhatian dan juga pembacaan daripada sumber buku, kertas kerja serta tesis kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil penelitian akan diterangkan di setiap bab mengikut pembahagian tajuk utama iaitu dari bab satu hingga bab kelima. Dapatan kajian mendapati bahawa sememangnya Hukum Kanun Melaka mempunyai peranannya yang tersendiri terhadap masyarakat Melayu Melaka suatu ketika dahulu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Undang-undang , Hukum Kanun Melaka , Masyarakat , Peranan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 May 2023 15:58
Last Modified: 11 May 2023 15:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35489

Actions (login required)

View Item View Item