Sejarah perkembangan adat istiadat masyarakat Bugis di Daerah Kunak, Sabah (1990-2010)

Nur Syafiqah Said (2022) Sejarah perkembangan adat istiadat masyarakat Bugis di Daerah Kunak, Sabah (1990-2010). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (276kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penyelidikan ini meneroka berkaitan dengan sejarah asal usul dan perkembangan adat istiadat masyarakat Bugis di daerah Kunak. Dikatakan bahawa, sejarah mengenai masyarakat Bugis di daerah Kunak kurang diketahui oleh masyarakat umum dan kini terutama masyarakat Bugis di daerah Kunak itu sendiri. Tujuan kajian ini adalah mempunyai kepentingannya yang tersendiri seperti memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat dan generasi muda tentang sejarah kaum yang paling awal menetap di Sabah iaitu kaum Bugis. Kekurangan pengetahuan mengenai sejarah asal-usul dan adat istiadat masyarakat Bugis ini mendorong pengkaji untuk melaksanakan kajian ini. Walaupun kajian ini menumpukan kepada masyarakat Bugis itu sendiri namun kesannya pengkaji tumpukan kepada seluruh masyarakat di Sabah lagi-lagi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah menumpukan kepada sejarah asal usul masyarakat Bugis di daerah Kunak dan sejarah adat istiadat yang diamalkan oleh masyarakat Bugis di daerah Kunak dari tahun 1990 hingga 2010. Disamping itu juga, pengkaji menumpukan kepada pengaruh yang wujud sehinggakan berlakunya perkembangan dalam adat istiadat masyarakat Bugis di daerah Kunak ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kepustakaan dalam meneliti sumber primer dan sekunder. Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat mengetahui serba sedikit sejarah masyarakat Bugis di daerah Kunak. Oleh itu, kajian ini dilihat sebuah kajian yang relevan agar generasi seterusnya dapat meneruskan kajian lanjutan berkaitan masyarakat Bugis di Kunak dengan lebih signifikan dan berkualiti. Diharap juga pengkaji selepas ini dapat melakukan kajian dengan lebih mendalam dalam rangka meluaskan lagi pengkajian tentang masyarakat di Sabah terutamanya kaum Bugis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kaum Bugis , Adat Istiadat , Tradisi , Masyarakat
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 May 2023 16:01
Last Modified: 11 May 2023 16:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35491

Actions (login required)

View Item View Item