Sejarah sosial masyarakat Bajau di Daerah Semporna (1942-2000)

Nur Yakin Ismail (2022) Sejarah sosial masyarakat Bajau di Daerah Semporna (1942-2000). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (207kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini merupakan perbincangan tentang sejarah sosial masyarakat Bajau di Daerah Semporna, Sabah pada tahun 1942 sehingga tahun 2000. Secara umumnya, masyarakat suku kaum Bajau di Semporna dikatakan masih lagi berpegang teguh terhadap salah satu bentuk indikator sosial mereka sehingga ke hari ini yakni kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang serta beberapa sistem sosial yang lain. Sehubungan dengan itu, permasalahan yang mendasari kajian ini adalah berkaitan dengan persoalan sejauhmanakah transformasi sosial yang berlaku terhadap orang Bajau di Semporna sehingga menggalakkan perubahan dan perkembangan dalam segenap aspek kehidupan mereka sehingga pasca kemerdekaan Sabah. Berdasarkan data sekunder yang diperolehi daripada pelbagai sumber, kajian ini mendapati bahawa pada tahun 1963, apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, ternyata Sabah semakin berkembang dalam pelbagai dimensi arus kemajuan termasuklah pembangunan, pendidikan, politik dan ekonominya. Banyak daerah di Sabah turut mengalami perkembangan yang semakin memberangsangkan termasuklah Daerah Semporna dan penduduknya. Oleh itu, perubahan corak pemikiran dan pola kehidupan orang Bajau di Semporna akibat gelombang penghijrahan secara besar-besaran komuniti ini ke daratan telah menjadi titik tolak kepada perkambangan dan kemajuan mereka sejak tahun 1963 sehingga ke hari ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Masyarakat Bajau Semporna , Sistem sosial , Penghijrahan ke daratan, Perubahan dan perkembangan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 May 2023 16:00
Last Modified: 11 May 2023 16:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35493

Actions (login required)

View Item View Item