Perkembangan mata pelajaran sejarah di Malaysia dari tahun 2013 hingga 2020

Nurul Syahirah Awang Putera (2022) Perkembangan mata pelajaran sejarah di Malaysia dari tahun 2013 hingga 2020. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (242kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada perkembangan mata pelajaran Sejarah di Malaysia dari tahun 2013 hingga 2020. Secara terperinci, kajian ini mengupas perkembangan pendidikan mata pelajaran Sejarah dan berfokus kepada penelitian dalam isi kandunngan buku teks Sejarah Tingkatan 5 edisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kajian ini juga membahaskan perbandingan buku teks bagi kedua-dua edisi KBSM dengan KSSM. Lantaran itu, tiga permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini iaitu mengetengahkan latar belakang pendidikan mata pelajaran Sejarah, menganalisis perkembangan mata pelajaran Sejarah dengan berfokus kepada kandungan buku teks dan meneliti isu, cabaran dan strategi terhadap mata pelajaran Sejarah. hasil kajian melalui pengumpulan dari pelbagai sumber menemukan bahawa subjek Sejarah sering mengalami tanggapan negatif seperti tidak mempunyai nilai dan kuasa ekonomi. Kajian ini turut mendapati bahawa sememangnya terdapat transformasi dalam kandungan buku teks Sejarah Tingkatan 5. Sehubungan itu, mata pelajaran ini berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran antaranya kekurangan guru Sejarah dan stigma ‘Sejarah bosan’. Maka, strategi-strategi yang efektif perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat terutama kerajaan dan sekolah agar dapat memartabatkan ‘Sejarah’ seterusnya melahirkan sebuah generasi yang mampu melindungi kedaulatan negara Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mata pelajaran sejarah , Buku teks , KBSM , KSSM
Subjects: L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2023 09:31
Last Modified: 22 May 2023 09:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35512

Actions (login required)

View Item View Item