Sejarah pentadbiran Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (1898-1938)

Puteri Muwairah Afrizal (2022) Sejarah pentadbiran Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (1898-1938). Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (319kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan terhadap galuran Sejarah Pentadbiran Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (1898-1938). Umumnya, historiografi negeri Selangor telah memaparkan lipatan sejarah yang amat panjang berikutan berlangsungnya pelbagai peristiwa seperti pembentukan asas Kesultanan Selangor. Sukar untuk dinafikan bahawa kewujudan institusi kesultanan di Selangor yang masih kekal sehingga hari ini terbentuk rentetan kedatangan golongan bangsawan Bugis yang cukup terkenal dengan gelaran Opu Bugis Lima Bersaudara. Hal ini demikian kerana salah seorang daripada Opu Bugis Lima Bersaudara tersebut iaitu Daeng Chelak ibni Opu Tendriburang Daeng Rilaka ibni Raja La Madussalat telah datang ke negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan pergolakan politik dalam Perang Klang. Kehebatan yang ditonjolkan oleh Daeng Chelak ini menyebabkan beliau cukup disenangi oleh para pembesar serta seluruh masyarakat di negeri Selangor. Walau bagaimanapun, beliau telah menghantar puteranya iaitu Raja Lumu untuk terus menetap dan mentadbir di kawasan tersebut. Bertitik tolak kepada hal tersebut, Raja Lumu telah menjadi pengasas kepada Kesultanan Selangor yang terbentuk pada tahun 1766 dengan menggunakan gelaran sebagai Sultan Salehuddin Shah. Selepas pertabalan Sultan Salehuddin Shah oleh Sultan Perak, legasi kesultanan Selangor telah diteruskan oleh waris baginda. Salah seorang waris baginda ialah Sultan Alaeddin Sulaiman Shah yang telah ditabalkan menjadi Sultan Selangor Kelima pada tahun 1898. Era pentadbiran baginda ini telah mempamerkan ketokohan baginda sebagai pemerintah terulung di negeri Selangor. Baginda telah banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan serta menyalurkan pelbagai sumbangan terhadap institusi agama Islam khususnya di Selangor. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan yang timbul iaitu bagaimanakah latar belakang Kesultanan Selangor serta kaitannya dengan Bugis. Kajian ini juga akan menjelaskan peranan Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dalam aspek pendidikan terutamanya di Selangor. Di samping itu, kajian ini juga akan menyingkap sumbangan yang dimainkan oleh baginda dalam institusi agama Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dan juga kepustakaan dengan meneliti karya-karya yang berkaitan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kesultanan Selangor , Sultan Alaeddin Sulaiman Shah , Pendidikan , Agama Islam
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2023 09:43
Last Modified: 22 May 2023 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35519

Actions (login required)

View Item View Item