Sejarah kepimpinan politik Najib Razak (1976-2018)

Stefennley Tabed (2022) Sejarah kepimpinan politik Najib Razak (1976-2018). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (490kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Makalah ini merupakan satu bentuk usaha dalam menganalisis sumbangan Najib Razak dalam perkembangan negara Malaysia. Oleh itu, usaha untuk menghasilkan penulisan yang berbentuk biografi yang berkaitan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilakukan. Pengalaman Najib dalam membangunkan negara menerusi pelbagai portfolio dari tahun 1976 sehinggalah tahun 2018 merupakan pengalaman nostalgia serta akan menjadi sorotan sepanjang zaman di Malaysia. Keperibadian serta ideologi dan pemikiran beliau telah menjadi asas dalam kejayaan beliau memimpin beberapa institusi, organisasi dan juga negara Malaysia dalam mencapai kemajuan dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial sehinggakan beliau mendapat gelaran sebagai bapa transformasi. Setelah bertungkus-lumus daripada tahun 1976 selepas kematian bapanya iaitu Tun Razak, Najib Razak telah diangkat dan diberikan mandat selaku Perdana Menteri Malaysia yang Keenam dan menerusi jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang bermula pada tahun 2009 ini telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai terhadap pembangunan negara. Dalam penelitian latihan ilmiah ini, kaedah utama yang digunakan adalah dengan menganalisis sumber primer dan juga sekunder. Tuntasnya, latihan ilmiah ini akan mengimbau Sejarah Latarbelakang Najib Razak dan Keluarganya serta menjelaskan ideologi dan pemikiran dan juga sedikit sebanyak sumbangan beliau dalam pembangunan Negara Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sumbangan , Najib Razak , Bapa transformasi, Perdana Menteri Malaysia
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2023 09:46
Last Modified: 22 May 2023 09:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35525

Actions (login required)

View Item View Item