Evolusi kekerasan politik di Jamaica (1940-1980)

Tiong Mee Yee (2022) Evolusi kekerasan politik di Jamaica (1940-1980). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (498kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Keganasan politik di Jamaica telah menjadi suatu endemik kepada negara sehinggakan negara sentiasa berada dalam keadaan berbahaya. Fokus kajian adalah pada sekitar tahun 1940 hingga 1980 iaitu merupakan perkembangan kemunculan keganasan politik. Pada asalnya, kekerasan politik di negara Jamaica adalah tidak begitu ketara, namun demikian, peningkatan keganasan dan jenayah di Jamaica telah memuncak pada tahun 1960-an. Keadaan ini dapat dilihat menerusi keganasan yang diinstitusikan dalam politik negara Jamaica moden. Keganasan endemik ini telah memupuk persekitaran politik yang tidak stabil dan berkembang simbiosis daripada hubungan antara organisasi buruh Jamaica dan keganasan politik. Isu ini menyebabkan masyarakat umum hidup dalam ketakutan disebabkan oleh keganasan yang berterusan dan tidak berkesudahan. Justeru, kertas kerja ini memberi tumpuan dengan membincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan kekerasan politik dan kesan perkembangan evolusi kekerasan politik tersebut di Jamaica. Dalam mencapai objektif kajian, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data dengan memperoleh sumber rujukan secara kepustakaan. Sumber-sumber tersebut antaranya ialah laporan kerajaan, buku, artikel dan sumber Internet yang berkaitan dengan isu kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penginstitusian keganasan politik oleh parti politik telah memainkan peranan utama dalam konflik keganasan parti politik. Oleh hal yang demikian, keadaan ini mengakibatkan corak pilihan raya umum yang tidak stabil akibat daripada konflik keganasan parti politik dominan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Keganasan politik , Parti politik , Keganasan endemik
Subjects: F History United States, Canada, Latin America > F1201-3799 Latin America. Spanish America
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2023 09:48
Last Modified: 22 May 2023 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35526

Actions (login required)

View Item View Item