Hubungan diantara faktor peramal yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD Discomfort) dalam kalangan anggota polis trafik di sabah

Bernadette Thien and Peter Voo Su Kiong and Ismail Maakip (2022) Hubungan diantara faktor peramal yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD Discomfort) dalam kalangan anggota polis trafik di sabah. Southeast Asia Psychology Journal, 10. pp. 175-189.

[img] Text
Fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (341kB) | Request a copy
[img] Text
Abstract1.pdf

Download (39kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji interaksi di antara faktor peramal (faktor risiko) seperti faktor individu, faktor fizikal, faktor psikososial, beban kerja dan kesihatan mental yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal dalam kalangan anggota polis trafik di Sabah. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk keratan rentas melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 262 orang responden telah menyertai kajian ini dalam kalangan pegawai dan anggota polis trafik yang menjalankan tugas-tugas kawalan lalulintas. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor peramal dan MSD dalam kalangan anggota polis trafik iaitu faktor fizikal (r = .394; k < .01), beban kerja (r = .427; k < .01), faktor psikososial (r = .499; k < .01), kesihatan mental(r = .447; k < .01) dan faktor individu (r = .014; k < .01). Kajian mengenai MSD dalam kalangan anggota polis trafik menunjukkan wujudnya keperluan yang bukan sahaja mengkaji faktor risiko tetapi juga untuk membangunkan intervensi bagi meminimumkan MSD dalam profesion kepolisan.

Item Type: Article
Keyword: Ketidakselesaan muskuloskeletal, Anggota polis trafik, Faktor peramal
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV7551-8280.7 Police. Detectives. Constabulary > HV8031-8080 Police duty. Methods of protection
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Jun 2023 15:56
Last Modified: 21 Jun 2023 15:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35680

Actions (login required)

View Item View Item