Model pembikinan filem dokumentari budaya etnik Sabah

Addley Bromeo Bianus (2019) Model pembikinan filem dokumentari budaya etnik Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (900kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB)

Abstract

Kajian ini menganalisis elemen naratif dan stail penceritaan dalam filem dokumentari budaya terpilih Malaysia. Filem dokumentari budaya Malaysia iaitu Pemeliharaan Rinait (2011) yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan Sabah telah dipilih sebagai kajian kes. Kajian ini berlandaskan pendekatan kualitatif dengan menggunakan tiga model teori yang berkaitan dengan elemen naratif dan stail iaitu teori dokumentari Bill Nichols (2001), model struktur penceritaan oleh Robert McKee (1997) dan teori semiotik oleh Roland Barthes (1977). Hasil kajian mendapati pemilihan dan penyusunan elemen naratif dan stail penceritaan adalah saling berkait di antara satu sama lain. Kelemahan pengarah dalam mengolah struktur penceritaan meliputi struktur plot (sebab dan akibat) akan menyebabkan sesebuah cerita sukar difahami oleh audiens sekali gus menyebabkan pembangunan watak, subjek dan konflik dalam sesebuah penceritaan juga tidak dapat dilakukan dengan baik. Kegagalan ini akan menyebabkan penyampaian cerita tidak dapat dilakukan dengan berkesan. Sehubungan itu, pengarah harus mengetahui model teori yang berkaitan dengan filem bagi menghasilkan sebuah filem dokumentari yang baik dan berkualiti. Kajian ini juga mencadangkan sebuah model pembikinan filem dokumentari budaya sebagai panduan bagi memperbaiki kelemahan dalam penghasilan filem dokumentari budaya di Malaysia. Melalui model ini, ia berupaya meningkatkan kualiti dan kebolehcapaian filem dokumentari Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Filem , Budaya , Etnik , Sabah
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Jun 2023 09:43
Last Modified: 23 Jun 2023 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35687

Actions (login required)

View Item View Item