Fungsi Sosiobudaya Rumah Adat Tongkonan Suku Toraja Di Lalikan Pangala’, Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia

Alicia Anatasha Wong and Rosazman Hussin and Gusni Saat (2022) Fungsi Sosiobudaya Rumah Adat Tongkonan Suku Toraja Di Lalikan Pangala’, Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 8 (1). pp. 88-103. ISSN 2462-2095

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (477kB)

Abstract

Rumah Adat Tongkonan merupakan warisan budaya yang dimiliki Suku Toraja di Indonesia dimana ianya menjadi pusat kehidupan sebagai rumah adat yang multifungsi. Secara umumnya, Rumah Adat Tongkonan ini terkait dengan sistem kepercayaan yang diperturunkan oleh leluhur Suku Toraja iaitu Aluk Todolo dan mengandungi banyak filosofi seperti kepercayaan, kebanggaan, tradisi kuno serta peradaban yang semuanya tersirat pada bangunan ini. Fungsi sosiobudaya Rumah Adat Tongkonan sebagai warisan budaya dalam kehidupan komuniti suku Toraja merupakan fokus utama di Kampung Lalikan Pangala’, Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia. Objektif kajian ini akan memberi fokus terhadap fungsi sosial, fungsi fizikal dan fungsi ekonomi Rumah Adat Tongkonan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menerusi kaedah temu bual mendalam dengan menemubual seramai lima orang key informan, kaedah pemerhatian dengan memerhati Rumah Adat Tongkonan dan kaedah sumber data sekunder bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Hasil analisis data menunjukkan fungsi sosial Rumah Adat Tongkonan adalah sebagai tempat musyawarah bagi rumpun keluarga melalui upacara Rambu’ Solo dan Rambu’ Tuka. Fungsi fizikal menunjukkan Rumah Adat Tongkonan adalah sebagai alat yang melambangkan status sosial, menggambarkan nilai-nilai kehidupan melalui motif ukiran dan warna, ruang rumah sebagai tempat menyimpan jenazah anggota keluarga dan struktur bawah Rumah Adat Tongkonan yang multifungsi. Fungsi ekonomi menunjukkan Rumah Adat Tongkonan dijadikan sebagai produk kerajinan tangan yang membantu pendapatan komuniti serta memperkenalkan Rumah Adat Tongkonan. Rumah Adat Tongkonan ini merupakan sebuah karya agung yang harus dilindungi agar ianya dapat menjadi tatapan generasi akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Cultural heritage, Belief system, Function, Ceremony, Social status
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology > CC135-137 Preservation, restoration, and conservation of antiquities. Antiquities and state
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jul 2023 09:22
Last Modified: 06 Jul 2023 09:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35779

Actions (login required)

View Item View Item