Dasar dan karakter pemerintahan kesultanan sulu dalam Menguasai ekonomi maritim di laut sulu sebelum abad ke-19

Mosli Tarsat (2022) Dasar dan karakter pemerintahan kesultanan sulu dalam Menguasai ekonomi maritim di laut sulu sebelum abad ke-19. Jurnal Borneo Akhailogia, 7 (1). pp. 1-23.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (541kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang dasar dan karakter pemerintahan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi maritim di Laut Sulu sebelum abad ke-19. Perbincangan ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu pertama untuk merungkai semula dasar dan karakter Kesultanan Sulu dalam memanfaatkan Laut Sulu sebagai sumber ekonomi utama mereka. Kedua, untuk membuktikan bahawa aspek dasar dan karakter pemerintah sebagai faktor utama yang menentukan kejayaan penguasaan ekonomi maritim. Makalah ini menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah kualitatif dalam mendapatkan sumber penulisan yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Hasil makalah ini mendapati bahawa terdapat empat dasar yang dilaksanakan untuk menguasai Laut Sulu, iaitu dasar pengawalan ekonomi (untuk menghubungkan Laut China Selatan-Laut Sulu), melebarkan wilayah perdagangan, agenda ekonomi berasaskan sumber laut dan aktiviti rompakan dan pemburuan hamba. Semua dasar ini memperlihatkan karakter pemerintah yang menitikberatkan ekonomi maritim berbanding dengan ekonomi tanah daratan. Apa yang menentukan kejayaan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi Laut Sulu sebenarnya adalah disebabkan oleh dasar dan karakter ini sehingga dikenali sebagai sebuah kerajaan maritim yang berpengaruh dan disegani di rantau Alam Melayu.

Item Type: Article
Keyword: Dasar dan karakter , Kesultanan Sulu , Ekonomi maritime
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS651-689 Philippines > DS665-666 Ethnography
V Naval Science > VK Navigation. Merchant marine > VK1-1661 Navigation. Merchant marine > VK573-587 Nautical instruments
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 07 Jul 2023 14:26
Last Modified: 07 Jul 2023 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786

Actions (login required)

View Item View Item