Asal usul Mengkabong dan peranan raja tua

Yusry Sulaiman and Bilcher Bala and Mosli Tarsat and Rizal Zamani Idris and Mohd Firdaus Abdullah (2022) Asal usul Mengkabong dan peranan raja tua. Jurnal Borneo Akhailogia, 7 (1). pp. 1-10.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (409kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini akan membincangkan asal usul Mengkabong dan peranan Raja Tua dalam membangunkannya menjadi pangkalan dan petempatan di Borneo Utara pada abad ke-18. Mengkabong mempunyai beberapa versi cerita asal usul berasaskan sumber lisan dalam kalangan orang tua setempat. Mengkabong muncul sebagai pangkalan terawal pada era pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin I (SOAS I). Raja Tua telah dilantik sebagai Ketua Panglima Laksamana Laut di Mengkabong. Beliau membina pangkalan dan menjaga keamanan termasuk menyerang dan membanteras pemburu hamba. Raja Tua dikatakan berjaya menyatupadukan penduduk kaum Bajau dan kaum Dusun demi keamanan di Mengkabong. Kajian ini menggunakan sumber sumber lisan dan salasilah yang diperoleh dari koleksi peribadi semasa kajian lapangan dilakukan di Mengkabong termasuk melawat kawasan makam dan kubu terbiar. Penulisan makalah ini sangat penting kepada pembangunan pensejarahan Sabah, terutamanya pendedahan tentang asal usul Mengkabong dan Raja Tua ini adalah antara peristiwa penting zaman awal Sabah yang tidak diketahui oleh pembaca umum mahupun pembaca akademik.

Item Type: Article
Keyword: Asal Usul , Borneo Utara , Mengkabong , Raja Tua
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 07 Jul 2023 14:27
Last Modified: 07 Jul 2023 14:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35787

Actions (login required)

View Item View Item