Kewujudan Leksis Periferal Arab, Sino-Tibetan dan Dravidian dalam Leksikon Melayu dalam Konteks Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Malaynesia

Philiadiran Philip and Mohd Nor Azan Bin Abdullah and Hjh Suhailah Abdul Muin (2022) Kewujudan Leksis Periferal Arab, Sino-Tibetan dan Dravidian dalam Leksikon Melayu dalam Konteks Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Malaynesia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 9 (2). pp. 1-12. ISSN 2462 1692

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (369kB) | Request a copy

Abstract

Leksis periferal merupakan kosa kata tambahan yang datangnya daripada pelbagai bahasa berlainan rumpun. Hubungan perdagangan, keagamaan dan hubungan diplomatik telah banyak mempengaruhi kemasukan dan penyebaran rumpun bahasa Arabo (Arab), SinoTibetan (Cina) dan Dravidian (Tamil) di alam Malaynesia. Ramai masyarakat kurang mengetahui kewujudan leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Dravidian yang diserap ke dalam bahasa Melayu merupakan leksis asal bahasa tersebut yang telah diubah sebutannya mengikut sebutan Melayu Malaynesia. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa antarabangsa dan merupakan salah satu bahasa utama dunia. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan menyenaraikan dan menganalisis perubahan fonologi dan morfologi leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Dravidian yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Di samping itu, kajian ini juga menjelaskan bahawa leksis periferal dapat membina keantarabangsaan bahasa Melayu. Hasilnya, kajian ini akan menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu bersifat fleksibel dengan menyerap pelbagai leksis asing khususnya leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Dravidian yang mana leksis-leksis tersebut diasimilasi mengikut sebutan dan bentuk bahasa Melayu Malaynesia. Penyerapan leksis menunjukkan bahawa bahasa Melayu bersifat supranasional, dapat menarik minat penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu serta menjadi strategi komunikasi berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan merujuk buku teks, dokumentasi-dokumentasi berkaitan serta pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang.

Item Type: Article
Keyword: Asimilasi , Leksis , Malaynesia, Perifera l, Pengantarabangsaan , Penyerapan
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3521-4001 Sino-Tibetan languages
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 07 Jul 2023 14:28
Last Modified: 07 Jul 2023 14:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35790

Actions (login required)

View Item View Item