Ritual Muinsamung Etnik Tombonuo: Perubahan dan Pemeliharaan Secara Kreatif

Cheng, Jia Min and Low, Kok On (2022) Ritual Muinsamung Etnik Tombonuo: Perubahan dan Pemeliharaan Secara Kreatif. Kemanusiaan, 29 (2). pp. 211-234. ISSN 1394-9330

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Muinsamung ialah ritual turun-temurun etnik Tombonuo, yang menetap di daerah Pitas, Sabah. Ritual ini pada asalnya berkait rapat dengan aktiviti mengayau sebelum Syarikat Berpiagam (British) Borneo Utara mentadbir Borneo Utara (Sabah) pada akhir kurun ke-19. Makalah ini bertujuan menganalisis aspek perubahan ritual muinsamung berasaskan teori perubahan ritual. Selain itu, pengolahan tarian Sumanggak oleh Suana Kabora pada tahun 1983 sebagai satu usaha kreatif bagi memulihara ritual silam Tombonuo turut diteliti. Bagi mengumpul data kajian, dua siri kerja lapangan yang menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian telah dilakukan di tiga buah kampung Tombonuo di daerah Pitas. Kajian ini mendapati fungsi ritual muinsamung yang berkait dengan aktiviti mengayau telah berubah menjadi ritual monginsamung, yang dikendalikan untuk upacara pengebumian disebabkan perubahan politik dan kehendak sosial. Disebabkan wujudnya keinginan untuk memastikan agar ritual turun-temurun etniknya terus dikekalkan, sebahagian daripada persembahan ritual lama ini telah diolah secara kreatif oleh anggota masyarakat menjadi satu bentuk tarian lantas dianggap sebagai satu perubahan daripada ritual yang sakral kepada persembahan estetik yang sekular.

Item Type: Article
Keyword: Etnik Tombonuo, Ritual muinsamung, Aktiviti mengayau, Pemeliharaan secara kreatif, Borneo Utara
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT3400-5090 Customs relative to public and social life Including town life, court life, festivals, holidays, ceremonies of royalty, etc.
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Jul 2023 14:33
Last Modified: 07 Jul 2023 14:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35799

Actions (login required)

View Item View Item