Kefungsian Keluarga Dan Pengherotan Kognitif Dalam Kalangan Klien Di PUSPEN Papar, Sabah

Yogesvaran Muniandy and Guan, Teik Ee and Jusiah Indang (2022) Kefungsian Keluarga Dan Pengherotan Kognitif Dalam Kalangan Klien Di PUSPEN Papar, Sabah. Jurnal Antidadah Malaysia, 14 (2). pp. 47-59. ISSN 2231-9387

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (43kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (306kB) | Request a copy

Abstract

Kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang penagih dadah. Kajian dalam kalangan klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif serta hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Perbezaan antara umur, agama dan bangsa bagi kedua-dua pemboleh ubah tersebut juga dikaji. Kajian kuantitatif ini melibatkan sampel kajian sebanyak 208 responden dari PUSPEN Papar. Instrumen yang digunakan adalah Malaysian Family Functioning Scale (MFFS) bagi mengukur kefungsian keluarga manakala Cognitive Distortion Scale (CDS) bagi mengukur pengherotan kognitif. Hasil kajian menunjukkan tahap kefungsian keluarga dalam kalangan klien PUSPEN adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu mencatatkan 97.6% responden manakala tahap pengherotan kognitif dalam kalangan klien PUSPEN adalah berada pada tahap yang rendah dengan mencatatkan hanya 64% sahaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kefungsian keluarga dengan pengherotan kognitif. Kedua-dua pemboleh ubah iaitu skala kefungsian keluarga dan pengherotan kognitif menunjukkan nilai cronbach’s alpha yang tinggi iaitu 0.931 (skala kefungsian keluarga) dan 0.941 (pengherotan kognitif). Melalui kajian ini juga, didapati klien yang mempunyai kefungsian keluarga yang baik kurang terjebak dengan masalah pengherotan kognitif. Pembentukan keluarga yang sejahtera secara tidak langsung dapat membantu anak-anak tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah yang akan merosakkan diri dan keluarga.

Item Type: Article
Keyword: Kefungsian keluarga, Pengherotan kognitif, Malaysian Family Functioning Scale, Cognitive Distortion Scale
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Jul 2023 15:15
Last Modified: 14 Jul 2023 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35863

Actions (login required)

View Item View Item