Elemen Sepunya Kepemimpinan Dan Kepengikutan Dalam Pembangunan Insan Berteraskan Islam

Abang Mohd. Razif Abang Muis and Mohd Sohaimi Esa and Mohd Azri Ibrahim and Irma Wani Othman and Saifulazry Mokhtar and Romzi Ationg and Mohd Kamal Mohd Shah (2021) Elemen Sepunya Kepemimpinan Dan Kepengikutan Dalam Pembangunan Insan Berteraskan Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 119-134. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (257kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini bertujuan mengenal pasti elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan dalam pembangunan insan berteraskan Islam. Secara lebih khusus, bahagian pertama akan membincangkan mengenai pembinaan elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan secara umum dan bahagian kedua, pengenalpastian aspek penting dalam pembangunan insan berteraskan Islam. Artikel ini akhirnya menganalisis elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan berdasarkan aspek tasawur, prinsip dan matlamat pembangunan insan berteraskan Islam. Hasil penganalisisan itu, kajian ini merumuskan tasawur, prinsip dan matlamat kepemimpinan dan kepengikutan dalam pembangunan insan berteraskan Islam. Artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif iaitu dengan menggunakan data yang diperoleh melalui sumber sekunder dalam bentuk buku, jurnal, laporan, dan bahan-bahan bercetak yang lain. Artikel ini telah berjaya meneliti dan menemui elemen sepunya kepemimpinan dan kepengikutan dalam pembangunan insan berteraskan Islam yang memfokuskan kepada pembangunan potensi individu Muslim dalam segenap aspek. Selain itu juga, artikel ini juga berjaya meneliti aspek-aspek pembangunan insan yang berteraskan daripada ajaran Islam. Dapatan ini membuktikan bahawa sifat-sifat kepemimpinan dan kepengikutan sememangnya bahagian yang sangat signifikan dan penting dalam konteks pembangunan insan yang berteraskan Islam dalam melahirkan individu Muslim yang mampu menjadi pemimpin dan pengikut yang cemerlang dan seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani semata-mata bahkan juga aspek-aspek yang lebih penting iaitu aspek rohani, emosi, mental dan intelektual.

Item Type: Article
Keyword: Kepemimpinan, kepengikutan, pembangunan insan, pembangunan Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 23 Aug 2023 15:30
Last Modified: 23 Aug 2023 15:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36115

Actions (login required)

View Item View Item