Pengaruh kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif terhadap sikap pro-jenayah dalam kalangan belia institusi pengajian tinggi di Malaysia

Ang, Shu Yen and Mohammad Rahim Kamaluddin and Norruzeyati Che Mohd Nasir and Roseliza-Murni AbRahman and Balan Rathakrishnan (2021) Pengaruh kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif terhadap sikap pro-jenayah dalam kalangan belia institusi pengajian tinggi di Malaysia. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 17. pp. 261-274. ISSN 2682-7727

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (450kB) | Request a copy

Abstract

Banyak kajian lepas di Barat membuktikan faktor psikologikal menjadi asas kepada pembentukan sikap pro-jenayah dalam kalangan individu. Walau bagaimanapun, kajian yang mengaitkan faktor psikologikal dan sikap pro-jenayah masih terhad dalam konteks Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan serta pengaruh tiga faktor psikologikal iaitu kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif terhadap sikap pro-jenayah dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan tinjauan dan penggunaan soal selidik yang mengandungi empat instrumen iaitu Self-Control Scale Malay Version, Brief Sensation Seeking Scale (BSSS-8), How I Think Questionnaire Malay Version (HITQ-M) dan Measures of Criminal Attitudes and Associates (MCAA). Seramai 385 belia direkrut dari seluruh Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Dapatan kajian menunjukkan ketiga faktor psikologikal (kawalan kendiri, pencarian sensasi dan pengherotan kognitif) mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan sikap pro-jenayah. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan ketiga faktor psikologikal memberi pengaruh sebanyak 17.9% terhadap sikap pro-jenayah di mana pengherotan kognitif merupakan peramal signifikan yang paling kuat. Malah pengherotan kognitif juga merupakan faktor yang paling kuat berkait dengan sikap pro-jenayah. Dapatan kajian sangat bermanfaat dalam usaha memahami sikap pro-jenayah dari sudut psikologi. Dapatan kajian juga sangat diperlukan kepada profesion menolong seperti ahli psikologi, pekerja sosial dan kaunselor dalam membangunkan modul intervensi awal bagi individu yang berisiko tinggi kepada tingkah laku jenayah.

Item Type: Article
Keyword: Belia, Faktor psikologikal, Kawalan kendiri, Pencarian sensasi, Pengherotan kognitif, Sikap pro-jenayah
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Jul 2023 10:24
Last Modified: 25 Jul 2023 10:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36157

Actions (login required)

View Item View Item