Kebahagiaan subjektif dalam kalangan orang kurang upaya-fizikal / (OKU-F)

Ferlis Bullare @ Bahari (2014) Kebahagiaan subjektif dalam kalangan orang kurang upaya-fizikal / (OKU-F). Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB)

Abstract

Kajian berbentuk exploratory sequential design ini dijalankan bertujuan untuk meneroka secara kualitatif kebahagiaan subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal (OKU-F), membentuk Skala Dimensi Kebahagiaan Subjektif OKU-F (SDKSOKU-F) dan Skala Sumber Kebahagiaan Subjektif OKU-F (SSKSOKU-F) berdasarkan dapatan kajian kualitatif serta menguji dan menilai ciri psikometrik SDKSOKU-F dan SSKSOKU-F. Dalam kajian kualitatif menggunakan Grounded Theory, seramai 29 OKU-F telah dijadikan responden kajian. Persampelan bertujuan digunakan dalam proses pemilihan responden. Protokol temubual yang telah dibentuk merangkumi soalan terbuka dan separa struktur mengenai kebahagiaan OKU-F. Hasil kajian dengan menggunakan metod Grounded Theory mendapati terdapat enam dimensi kebahagiaan subjektif OKU-F iaitu 1) kepuasan, 2) kendiri, 3) emosi positif, 4) makna hidup, 5) kesejahteraan rohani dan 6) pemikiran positif. Sementara itu, terdapat 10 sumber kebahagiaan subjektif OKU-F iaitu 1) interaksi sosial, 2) sokongan penjaga, 3) sokongan rakan, 4) sokongan institusi, 5) sokongan peralatan, 6) kebolehaksesan, 7) kesaksamaan, 8) kebebasan, 9) pencapaian dan 10) kesihatan fizikal. Fasa Interim melibatkan proses pembentukan SDKSOKU-F yang terdiri daripada 58 item dan SSKSOKU-F merangkumi 66 item. Fasa 2 iaitu pelaksanaan kajian tinjauan melibatkan seramai 290 OKU-F yang tinggal di sekitar negeri Sabah. Analisis penerokaan faktor menunjukkan terdapat empat (4) subskala dimensi kebahagiaan subjektif OKU-F iaitu 1) kerohanian, 2) emosi, 3) efikasi diri, 4) kepuasan terhadap akses. Di samping itu, kajian membuktikan terdapat lapan (8) sumber kebahagiaan subjektif OKU-F iaitu 1) sokongan penjaga, 2) sokongan rakan, 3) sokongan peralatan, 4) kebolehaksesan, 5) eliminasi, 6) pencapaian, 7) kesaksamaan, dan 8) sokongan institusi. Keputusan kesahan konvergen menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara empat sub-skala dimensi kebahagiaan subjektif dan lapan sumber kebahagiaan subjektif OKU-F. Di samping itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara empat sub-skala dimensi kebahagiaan subjektif dengan Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan Sense of Well-Being Inventory (SWBI). Nilai pekali Cronbach Alpha dan SplitHalf bagi sub-skala dimensi kebahagiaan subjektif OKU-F adalah sederhana hingga sangat tinggi. Penerokaan mengenai kebahagiaan daripada pandangan OKU-F sendiri, pembentukan dan pengujian psikometrik instrumen kebahagiaan subjektif OKU-F diharapkan dapat memberi input yang berguna kepada pihak kerajaan dalam usaha memasukkan elemen Indeks Kebahagiaan dalam Najibnomics iaitu hala tuju negara menuju ke arah antara negara yang paling bahagia di dunia dan pencapaian kesejahteraan masyarakat secara umum. Penyelidikan ini juga diyakini memberi manafaat khususnya bidang Psikologi Positif, komuniti OKU-F, institusi, pihak kerajaan dan masyarakat secara umumnya.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Orang kurang upaya-fizikal, OKU-F, Kebahagiaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF725-727 Class psychology
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Aug 2023 09:52
Last Modified: 30 Aug 2023 09:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36598

Actions (login required)

View Item View Item