Geologi am dan aplikasi GIS dalam analisis kemudahrentanan banjir dengan menggunakan model AHP di kawasan Menggatal-Telipok, Sabah

Nurul Syakira Jaafar (2014) Geologi am dan aplikasi GIS dalam analisis kemudahrentanan banjir dengan menggunakan model AHP di kawasan Menggatal-Telipok, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (29MB)

Abstract

Kawasan kajian terletak diantara garis lintang 06° 07' hingga 06° 20' dan garis bujur 116° 06 hingga 116° 12'. Keluasan kajian adalah 100m persegi. Secara umumnya kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang tertindih dengan endapan yang berusia Kuaterner iaitu endapan aluvium secara tidak selaras. Unit batuan Formasi Crocker adalah diangarkan berusia Eosin hingga awal Mieosen. Formasi Ccorcker yang terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal yang terendap dikawasan laut dalam secara flycsh. Formasi Crocker terbahagi kepada empat unit batuan iaitu unit batuan pasir tebal, unit selang lapis batu pasir dan syal, unit syal kelabu dan unit syal merah. Manakala endapan alluvium terdiri daripada kelikir, pasir, lodak dan lempung. Struktur tektonik Formasi Crocker dikawasan kajian adalah terdiri daripada lipatan, sesar sungkup, sesar normal dan sesar mendatar. Arah tegasan yang dikenalpasti hasil analisis adalah berarah Baratlaut- Tenggara yang dilabelkan sebagai P. analisis model AHP atau dikenali sebagai Proses Analisis Berhierarki digunakan untuk mengetahui jumlah peratus setiap parameter yang digunakan dalam menyumbang kepada kemudahrentanan banjir. Kaedah perbandingan berpasangan dilakukan unutk mengetahui kemudahrentanan bnajir dikawasan kajian. Parameter yang digunakan ialah isispadu hujan, jenis tanah, guna tanah, kecerunana. topografi dan sistem saliran. Beberapa sub parameter turut dikira nilai peratus kemudahrentanannya. Manakala, penyediaan peta tematik turut dilakukan untuk menyokong analisis yang telah dilakukan. Diakhir kajian, peta kemudahrentanan dihasilkan hasil tindan lapis semu peta faktor unutk mengetahui tahap kemudahrentanan banjir di kawaan Telipok hingga Menggatal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geologi Am, GIS, Banjir, Model AHP, Menggatal-Telipok
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Sep 2023 08:50
Last Modified: 01 Sep 2023 08:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36620

Actions (login required)

View Item View Item